KUCHING: Penyediaan kemudahan bertaraf dunia dalam sektor pendidikan Sarawak akan melonjakkan impian negeri untuk menerima pakai pengetahuan dan teknologi terkini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg.
Beliau berkata, rakyat Sarawak digesa meneroka dan melengkapkan diri dengan perkembangan global semasa bagi merealisasikan agenda itu.
"Menjadi hasrat kerajaan Sarawak untuk menyediakan persekitaran kemudahan bertaraf dunia agar pelajar mempunyai suasana yang baik untuk belajar bersungguh-sungguh dalam meneroka ilmu baharu pada masa yang sama meningkatkan diri dengan ilmu bagi menghadapi era pembangunan baharu," katanya ketika berucap merasmikan Kampus Universiti Teknologi Swinburne Sarawak (Swinburne Sarawak) yang dinaik taraf, di sini, pada Rabu.
Abang Johari berkata, melalui kemudahan yang dinaik taraf itu, siswazah Swinburne Sarawak boleh memainkan peranan untuk mencapai dasar pendigitalan negeri.
"Pada 2026, saya perlu menjaga rakyat Sarawak dengan menyediakan pendidikan tinggi secara percuma di beberapa universiti, termasuk Swinburne... Saya harap generasi baharu akan merebut peluang baharu ini untuk melengkapkan diri dengan perspektif global dan transformasi ekonomi," katanya.
Terdahulu, Pengerusi Lembaga Pengarah Swinburne Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dalam ucapannya berkata, naik taraf kampus bernilai RM50 juta itu bermula pada 2019, bertujuan menampung populasi pelajar universiti yang semakin meningkat dengan menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik.
Beliau berkata, universiti itu menjangkakan peningkatan populasi kepada 5,000 pelajar dalam beberapa tahun akan datang.
"Jumlah pelajar telah berkembang dengan pesat sejak kebelakangan ini iaitu daripada hanya sekitar ratusan pelajar kepada kira-kira 3,500 kini, termasuk pelajar antarabangsa dari lebih 50 negara," katanya.
Projek naik taraf itu melibatkan Hab Pelajar baharu, Dewan Makanan, Perkampungan Pelajar dan Atrium Borneo, termasuk sambungan ke perpustakaan. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Abang Johari menghadiri perasmian naik taraf kampus Universiti Teknologi Swimburne, Kampus Sarawak, pada Rabu. - Gambar BERNAMA

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

Kemudahan pendidikan bertaraf dunia mampu tingkatkan usaha Sarawak guna teknologi baharu
Rakyat Sarawak digesa meneroka dan melengkapkan diri dengan perkembangan global semasa bagi merealisasikan agenda itu.