KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat bergelar 'Datuk' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas 35 pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu berkaitan program pembangunan sosioekonomi masyarakat India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) berjumlah RM276,625, tahun lepas.
Datuk Reghu P.V. Bhaskaran, 61, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Dia dituduh mengemukakan laporan akhir mengandungi butiran palsu berkaitan Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia Kementerian Perpaduan Negara Reform Training di bawah MITRA kepada Penolong Pengarah Seksyen Pendidikan dan Latihan MITRA, R. Kavithah di pejabat unit itu di Putrajaya pada 5 Mei 2021.
Dokumen itu dikatakan mengandungi butiran palsu berhubung senarai kedatangan peserta, surat perakuan penggunaan dana, baucar bayaran, invois dan cek deposit resit untuk 200 peserta golongan B40 bagi program berkenaan, sedangkan program tersebut sebenarnya tidak dilaksanakan.
Dia didakwa mempunyai kepentingan terhadap program itu yang bernilai RM950,160 yang diperuntukkan di bawah geran kewangan MITRA 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai yang palsu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Reghu juga mengaku tidak bersalah atas 23 pertuduhan pilihan iaitu menggunakan dokumen palsu berhubung senarai kedatangan peserta program berkenaan, invois, baucar bayaran dan surat pengakuan penggunaan dana membabitkan nilai berjumlah RM100,625.
Dia yang didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan tarikh sama dan pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 465 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Afif Ali mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan lelaki itu perlu melaporkan diri di pejabat SRPM berdekatan sebulan sekali.
Peguam Ariff Firman Mohd Sidek, yang mewakili Reghu memohon jaminan RM10,000 atas alasan anak guamnya tidak sempat menyediakan wang jaminan yang tinggi kerana akaun banknya dibekukan.
"Saya memohon agar mahkamah membenarkan anak guam saya membayar jaminan secara ansuran sebanyak dua kali kerana dia hanya dapat notis untuk hadir ke mahkamah pada pukul 6 petang semalam dan tidak sempat mencari wang untuk membayar ikat jamin itu," katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan mengarahkan tertuduh membayar RM10,000 hari ini dan baki RM15,000 perlu dibayar sebelum Rabu depan.
Mahkamah menetapkan 21 Mac depan untuk serahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022

Dokumen itu dikatakan mengandungi butiran palsu berhubung senarai kedatangan peserta, surat perakuan penggunaan dana, baucar bayaran, invois dan cek deposit resit untuk 200 peserta. - Gambar hiasan

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.

Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.

Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra
Ramanan yang baru dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra.

Mitra terima penarafan risiko 'rendah' daripada SPRM
Pemakluman itu dibuat secara rasmi kepada Mitra melalui satu surat ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM.

Mitra telah agihkan RM62 juta kepada lebih 100,000 penerima
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk R. Ramanan berkata bantuan itu turut disalurkan ke Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Mitra Untuk Masyarakat India.

Pegawai SPRM dipinjam ke Mitra, pantau pengurusan dana
Seorang pegawai SPRM akan dipinjamkan ke Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid
Beliau turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk yang mahu mencari pendapatan sampingan.

Permohonan subsidi yuran IPT masih dibuka - Mitra
Mitra masih lagi membuka permohonan bagi subsidi bayaran yuran semester sekali bayar sebanyak RM2,000 sehingga 15 Sept ini.

Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40
Program Kompetensi KKP anjuran bersama NIOSH dan Mitra kini diperluas bagi merangkumi belia India daripada golongan M40.

Mitra: Bekas pengerusi, bendahari PWBSM didenda guna baucar bayaran palsu
Tindakan bekas Pengerusi PWBSM dan bekas bendaharinya menggunakan dua baucar bayaran palsu bagi peruntukan dana di bawah Mitra mengundang padah apabila mereka didenda di mahkamah.