Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kenaikan caj rawatan hospital kerajaan sepertimana yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam memberitahu kenaikan tersebut akan mula berkuat kuasa Januari tahun depan, bagaimanapun ketika ini kadarnya masih belum diputuskan lagi.
Tegas beliau, keputusan itu adalah wajar memandangkan kos operasi hospital yang semakin meningkat.
Malah, kali terakhir KKM melaksanakan kenaikan caj hospital kerajaan adalah pada 1982, iaitu 34 tahun yang lepas.
Katanya, kenaikan kali ini hanya melibatkan caj yang dikenakan terhadap pesakit kelas 1 dan kelas 2.
"Walaupun kita naik sedikit berbanding bayaran dulu, tetapi masih ada subsidi yang besar terhadap pesakit kelas 1 dan kelas 2.
Dr Subramaniam turut menambah tanggungjawab utama KKM adalah untuk memastikan kumpulan (masyarakat) miskin dan berpendapatan rendah yang datang ke sistem perkhidmatan awam terjamin kebajikan mereka.
"Kita tidak lari daripada prinsip itu," katanya dalam sidang media mesyuarat 'Post-Cabinet' kementeriannya di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang mendakwa bahawa caj rawatan dan wad hospital kerajaan seluruh negara akan dinaikkan sebanyak 50 peratus.
Menurut Subramaniam, daripada dua juta pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, hanya kira-kira 32,000 adalah pesakit kelas 1 dan kelas 2.
Katanya lagi, golongan tersebut adalah kalangan yang mempunyai pilihan dan ada kalanya mendapatkan rawatan di hospital swasta.
"Sebab itu kami naikkan caj dan potong subsidi.
"Saya harap hasil daripadanya akan diguna untuk mendapatkan ubat tambahan atau seumpamanya bagi mereka yang memerlukan di kelas 3," jelasnya.
Ketika ini, kira-kira 75 peratus daripada keseluruhan 31 juta rakyat Malaysia mendapatkan rawatan di hospital kerajaan manakala hanya 25 peratus sahaja memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Sementara itu, mengulas perkembangan terkini siasatan terhadap kes kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Dr Subramaniam menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat konsesi di hospital yang didapati cuai dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebaiknya mengikut kontrak yang ditandatangani.
Beliau memaklumkan, setakat ini KKM telah mengenakan penalti iaitu pemotongan bayaran terhadap lima syarikat konsesi sebanyak RM55 juta dalam tempoh April 2015 hingga Ogos tahun ini.
"Jika didapati berlaku jenayah seperti penipuan, kami tidak teragak-agak untuk melaporkannya kepada agensi berkaitan seperti polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Malah, sekiranya pegawai KKM yang ditugaskan untuk memantau perkara ini didapati tidak menjalankan tugas dengan baik, tindakan akan diambil mengikut undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Awam," tegasnya.
Kata Dr Subramaniam, langkah-langkah ini diambil supaya rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang besar terhadap perkhidmatan di hospital kerajaan.
Israr Khalid
Mon Nov 14 2016

DR SUBRAMANIAM: Walaupun kita naik sedikit berbanding bayaran dulu, tetapi masih ada subsidi yang besar terhadap pesakit kelas 1 dan kelas 2. -Gambar fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Kenaikan caj hospital kerajaan wajar - Subramaniam
Dr S. Subramaniam menegaskan kenaikan tersebut wajar memandangkan kos operasi hospital yang semakin meningkat.