HULU SELANGOR: Kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena dengan Hari Pekerja semalam tidak seharusnya dijadikan perdebatan, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Beliau berkata Kerajaan Perpaduan menghargai semua golongan pekerja di negara ini dan ia telah dibuktikan menerusi semakan semula kadar gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif dalam usaha memastikan pekerja di sektor swasta mendapat gaji lebih tinggi seiring peningkatan produktiviti.
"Penjawat awam ini merupakan petugas barisan hadapan. Kalau kita nak ekonomi negara rancak supaya boleh mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik, maka kita perlukan penjawat awam yang mempunyai produktiviti dan kecekapan yang lebih tinggi.
"Maka, dengan penghayatan dan penghargaan yang diberi kepada penjawat awam, saya yakin ia akan memberikan motivasi kepada penjawat awam terus melaksanakan tugas mereka untuk sama-sama membangunkan ekonomi negara," katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Suara Anak MADANI di sini malam tadi.
Anwar semalam mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara dan kenaikan itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.
Mengulas lanjut, Sim berkata negara telah mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion tahun lepas hasil daripada dukungan semua pihak termasuk penjawat awam.
"Dengan adanya pelaburan ini, baru ekonomi kita mengembang dan seterusnya akan ada peluang pekerjaan yang menawarkan gaji lebih baik. Jadi, ada hubungan simbiosis ataupun kerjasama, ia bukan satu persaingan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
![Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan - Sim Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714616956_StevenSimCheeKeon.jpg)
Sim bercakap pada sidang media program Suara Anak MADANI di Dataran Kuala Kubu Baharu sempena Pilihan Raya Kecil N.06 Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, malam tadi. -- fotoBERNAMA
![Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740090122_Kanakkanakdilangga.jpg)
Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.
![Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740062810_AhmadZahidHamidi.jpg)
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.
![Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740086343_TUDM.jpg)
Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.
![Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739680437_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.
![Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740086221_DialogIntraIslam.jpg)
Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.
![JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740064266_MohdNaimMokhtar.jpg)
JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.
![Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19 Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728393424_syedhamadahsyedot.jpg)
Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
![G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740085896_CyrilRamaphosa.jpg)
G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.
![Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740086019_TerengganuHockeyTe.jpg)
Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.
![Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726979990_TBEWON.jpg)
Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.
![Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740046340_HajijiNoor.jpg)
Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.
![Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740046340_HajijiNoor.jpg)
Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.
![JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727329120_JPA.jpg)
JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan itu memaklumkan usaha pemodenan perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan kelangsungan tenaga kerja dalam jangka masa panjang.
![Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723548182_TBAdnanMat.jpg)
Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
![Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729725832_DatukAdnanMat.jpg)
Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.
![Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737882414_TBhajijiNoor.jpg)
Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.
![Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737685068_TBgari.jpg)
Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.
![Op Sky: 18 individu lagi akan dipanggil - Azam Baki Op Sky: 18 individu lagi akan dipanggil - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737449983_TanSriAzamBaki.jpg)
Op Sky: 18 individu lagi akan dipanggil - Azam Baki
Seramai 18 individu akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738835598_Tangkapan.jpg)
Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.