KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barang bukan disebabkan oleh isu kartel sebaliknya akibat ketidakcekapan rantaian bekalan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid.
Beliau berkata dapatan itu adalah hasil penemuan kajian dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenai pasaran sektor makanan yang memfokuskan kepada beberapa item barangan seperti daging lembu, ikan kembung, kobis bulat dan lain-lain.
"Contoh ketidakcekapan ialah barang dari Cameron Highlands untuk dijual di Tapah terpaksa datang ke Kuala Lumpur dahulu, kemudian baru ke Tapah. Begitu juga barang-barang dari Johor untuk ke Negeri Sembilan (perlu) datang ke sini (Kuala Lumpur).
"Kajian tersebut juga mendapati ikan kembung melalui tujuh hingga lapan orang tengah. Bayangkan kalau satu tahap orang tengah mengambil 20 peratus keuntungan jadi berapa peratus harga barang meningkat. Jadi dapatan kita, tidak ada kartel yang menjadikan harga barang meningkat kerana banyak orang tengah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Menjawab soalan Senator Dr Yaakob Sapari sama ada kerajaan bersedia untuk meminda satu akta antimonopoli, Rosol berkata setakat ini tidak timbul isu kartel dan akta sedia ada seperti Akta Persaingan 2010 mempunyai kuasa mengenai isu monopoli.
Beliau berkata bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barangan terutama penduduk luar bandar dan pedalaman, KPDNHEP melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk program penyeragaman harga dan program pengedaran barangan perlu seperti beras, minyak masak, gandum, gula, diesel, petrol RON95 dan LPG, serta 'community drumming'.
"Sebagai contoh pada tahun ini, sebanyak 802 kawasan luar bandar terlibat dengan program pengedaran barangan perlu dan 'community drumming' yang mana terdapat pertambahan 137 kawasan menerima manfaat program ini.
"Antara kawasan baharu ialah seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang di Terengganu serta Pulau Tioman, Kuala Tahan dan Kampung Bantal di Pahang. Secara keseluruhannya sehingga kini lebih 1.23 juta penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman menerima manfaat program ini melalui peruntukan RM200 juta tahun ini," katanya.
Beliau turut menyeru para pengguna supaya menjadi pengguna pintar dengan merancang pembelian terbaik, mengetahui hak pengguna dan menyalurkan aduan berkaitan kepenggunaan pada saluran yang betul.
Sementara itu, menjawab pertanyaan Senator Datuk Razali Idris adakah kerajaan bersedia untuk memberi subsidi 50 peratus bagi pembelian kit ujian kendiri COVID-19 khususnya kepada golongan B40 dan M40, Rosol berkata setakat ini kerajaan tidak ada cadangan berhubung perkara itu.
"Cuma apa yang kita rancang dan kita laksanakan adalah dengan penjualan lebih meluas berbanding di farmasi dan klinik. Sehingga hari ini kit ujian kendiri ini berharga RM19.90 secara runcit dan RM16 secara borong...dijangka dengan adanya penjualan meluas ini mungkin boleh turunkan lagi harga ditetapkan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 21 2021
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid ketika berucap pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Hampir 4,000 barangan makanan dijangka alami kenaikan harga di Jepun
Trend kenaikan harga makanan di Jepun dijangka berterusan tahun depan apabila lebih 3,900 barangan makanan akan mengalami kenaikan harga antara Januari dan April, lapor Xinhua.
Belanjawan 2025: KPDN ada kaedah kesan cubaan naikkan harga barangan
KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga termasuk produk bergula.
MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini
Inflasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024 menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi untuk perniagaan tempatan, menurut MIDF Research.
Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB
Maybank IB tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.
Hampir 10 peratus usahawan gulung tikar pada April 2020 akibat COVID-19 - Ewon
Kira-kira 8.85 peratus usahawan telah gulung tikar pada April 2020 selepas terkesan akibat pandemik COVID-19 dan kenaikan harga barangan.
Harga telur, ayam dijangka naik selepas 30 Oktober - CAKE
Pelaksanaan apungan harga ayam dan telur dijangka akan menyaksikan kenaikan harga dua barangan ini selepas tarikh 30 Oktober ini.
Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga d
Kerajaan kawal harga barang, tidak mungkin naik - Salahuddin
Beliau turut memberi jaminan langkah kerajaan mengawal penuh barangan tidak bersubsidi, tidak memungkinkan kenaikan harga barang.
Boikot agak keterlaluan, pengguna harus bijak memilih - Presma
Kenaikan harga barang tak dapat dielak atas pelbagai faktor antaranya penggajian pekerja, sewa premis, dan kadar tukaran mata wang.