LABUAN: Berita baik buat penumpang kerana pelaksanaan kadar tambang baharu feri roll on-roll off (ro-ro) laluan Labuan-Menumbok-Labuan yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Jan ini ditangguhkan.
Penangguhan dilakukan selepas pihak pengurusan pengendali feri Labuan Mainland Link Sdn Bhd membuat keputusan demi kepentingan penumpang.
Pengerusinya Datuk Chin Hong Vui berkata penangguhan itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan unsur politik sebaliknya beban kewangan kepada penumpang dari Labuan dan tanah besar Sabah.
"Penangguhan dilakukan selepas mengambil kira pelbagai faktor seperti lebih daripada 60 peratus tiket laluan Labuan-Menumbok-Labuan telah dibeli lebih awal (untuk sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri) dan kami merasakan tidak adil kepada penumpang yang membeli tiket selepas 1 Jan 2023.
"Faktor lain ialah keadaan ekonomi yang tidak membenarkan kami meneruskan kenaikan tambang, oleh itu kami tidak mempunyai pilihan lain selain menyerap kos tambahan yang membebankan kami dari segi kewangan dan ini adalah tanggungjawab kami kepada orang ramai," katanya kepada Bernama hari ini.
Labuan Mainland Link Sdn Bhd mengendalikan tiga feri iaitu MV Kimanis 1, MV Putrajaya 1 dan MV Goodwill Star yang menawarkan perkhidmatan lima hingga lapan perjalanan setiap hari.
Syarikat pengurusan tiket feri, Labuan Point Enterprise Sdn Bhd mengeluarkan notis minggu lepas berhubung kadar baharu yang disemak semula bagi kenderaan yang melalui laluan Labuan-Menumbok-Labuan mulai 1 Jan.
Notis terbabit menyatakan kenaikan tambang sebanyak 42.5 peratus bagi kenderaan persendirian dan komersial manakala 73.3 peratus bagi motosikal yang akan menjadi semakan harga pertama (jika dilaksanakan) bagi feri ro-ro dalam tempoh 15 tahun.
Labuan Mainland Link Sdn Bhd kali pertama mencadangkan pelaksanaan kenaikan tambang berkuat kuasa 1 Nov lepas namun ditangguhkan selepas Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Kementerian Pengangkutan meneliti semula kenaikan itu selepas mendapat bantahan orang ramai.
Chin berkata penangguhan berkenaan perlu dilakukan walaupun berdepan beban kewangan berpanjangan memandangkan kos sara hidup yang tinggi di pulau bebas cukai itu dan tanah besar Sabah.
"Kami akan memutuskan pelaksanaan kadar tambang baharu apabila kami tidak lagi dapat menyerap kos tambahan berikutan peningkatan kos operasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022
Keadaan sesak dengan kenderaan penumpang di Terminal Feri Roro Labuan ketika tinjauan susulan penguatkuasaan pemeriksaan Imigresen sejak 1 Nov bagi pengembara warga Sabah dan Labuan yang berulang-alik ke tanah besar Sabah dan Labuan. - fotoBERNAMA
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Kenaikan harga tiket feri Labuan ditangguhkan
Berita baik buat penumpang kerana pelaksanaan kadar tambang baharu feri roll on-roll off (ro-ro) laluan Labuan-Menumbok-Labuan yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Jan ini ditangguhkan.