KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melaksanakan penguatkuasaan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (road-ban) bersempena sambutan Aidilfitri.
MOT dalam kenyataan semalam memaklumkan larangan itu akan dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April ini (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April ini (selepas perayaan) mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman melibatkan jalan persekutuan.
Menurut kenyataan itu larangan berkenaan bertujuan mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.
"Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan dikuatkuasakan bersama-sama 'road-ban' ini. Menurut Perintah Had Laju Kebangsaan bertarikh 13 April 2023 dan Perintah Had Laju Tempatan (Jalan Persekutuan) (Larangan Masa Tertentu) , had laju kenderaan motor diturunkan kepada 80 kilometer (km) sejam di seluruh Malaysia," menurut kenyataan itu.
Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat di seluruh negara untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan yang ditetapkan demi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
MOT memaklumkan larangan itu melibatkan lori pembawa dan lori jongket yang berat dengan muatannya melebihi 7.5 tan, lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak, jentera berat beroda, trak tunda dan traktor (kecuali jentera berat beroda, trak tunda dan traktor yang digunakan bagi maksud operasi kecemasan dan menyelamat).
Dalam pada itu, masa larangan sepanjang masa turut dikenakan kepada lori yang berat dengan muatannya melebihi 7.5 tan yang mengangkut simen, besi, keluli, batu, pasir, tanah, amang, bijih timah, arang batu atau bahan binaan atau bahan galian yang lain.
"Road-ban dari 12 tengah malam hingga 8 pagi pula dikenakan kepada lori kontena yang mengangkut barangan (kecuali lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya).
"Masa larangan itu turut dikenakan kepada lori kargo yang mengangkut barangan elektronik atau elektrik atau bahan industri kimia dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya," menurut kenyataan itu.
Lori kargo tanpa muatan serta lori yang mengangkut tandan buah kelapa sawit segar, produk kelapa sawit mentah, getah sekerap dan susu getah turut sama dikenakan masa larangan tersebut.
Tempoh larangan dari 6 petang hingga 6 pagi dalam jarak 25 km dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di atas jalan tertentu pula dikenakan ke atas kren bergerak dan lori pembancuh simen.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
![Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 20, 21, 24 dan 25 April Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 20, 21, 24 dan 25 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681474417_LebuhrayaPLUS.jpg)
Larangan ke atas kenderaan barangan dikenakan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian. - Gambar hiasan/BERNAMA
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois
Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan
Kawalan di sempadan perlu dipertingkatkan namun ia memberi cabaran kepada pihak berkuasa khususnya kerana ia memerlukan tenaga sumber manusia yang ramai.
Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang tidak jelas mengenai IPCC dan cara menyalurkan aduan yang tepat.
Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman
Saksi yang juga seorang suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui faktor utama mengapa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu tidak pernah bermain di luar rumah.
Hakim tolak permohonan Naimah Khalid
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan isteri bekas menteri kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya ke mahkamah tinggi.
Kes Bunuh Zulfarhan: Peguam Hujah Mahkamah Rayuan Terkhilaf jatuhkan hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan enam tertuduh dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain. Barisan peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan hujahan bahawa hukuman gantung tidak sepatutnya dikenakan terhadap anak guam mereka.
Saksi kongsi detik cemas pesawat terbalik
Pete Carlson, salah seorang penumpang yang terlibat dalam insiden pesawat Delta Air Lines terbalik tampil menceritakan detik cemas ketika insiden itu berlaku di lapangan terbang Toronto. Kata beliau, sukar untuk menyatakan perasan apabila secara tiba-tiba melihat pesawat terbalik sekelip mata.
Delta Airlines siasat insiden pesawat terbalik
Syarikat penerbangan Delta Airlines pada Isnin memaklumkan bahawa mereka masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut susulan insiden melibatkan pesawat milik syarikat itu yang dilaporkan terbalik ketika mendarat di sebuah lapangan antarabangsa di Kanada.
Perkembangan positif' untuk rundingan fasa kedua - Qatar
Qatar pada Selasa melaporkan adanya "perkembangan positif" untuk memulakan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza antara Israel dan Hamas
Amerika Syarikat dan Rusia komited akhiri perang di Ukraine
Kata sepakat itu tercapai antara Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dan Marco Rubio selepas perbincangan peringkat tinggi yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada Selasa.
![Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707444726_TBPLUSjpg.jpg)
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
![180,000 pemilik kenderaan barangan belum daftar SKDS 2.0 180,000 pemilik kenderaan barangan belum daftar SKDS 2.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718888105_HajahFuziahSalleh.jpg)
180,000 pemilik kenderaan barangan belum daftar SKDS 2.0
Beliau meminta pemilik kenderaan tersebut segera membuat permohonan, bagi membolehkan mereka menikmati subsidi diesel oleh kerajaan.
![Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 20, 21, 24 dan 25 April Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 20, 21, 24 dan 25 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681474417_LebuhrayaPLUS.jpg)
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 20, 21, 24 dan 25 April
Larangan itu akan dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April serta pada 24 dan 25 April, mengambil kira peningkatan trafik yang ketara.
![Tahun Baharu Cina: Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 20, 21, 24, 25 Jan Tahun Baharu Cina: Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 20, 21, 24, 25 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673612721_LebuhrayaElite.jpg)
Tahun Baharu Cina: Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 20, 21, 24, 25 Jan
Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan penguatkuasaan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (road-ban) sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
![MOT benarkan pandu kenderaan barangan 'decontrolled' guna lesen memandu kelas D MOT benarkan pandu kenderaan barangan 'decontrolled' guna lesen memandu kelas D](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657532946_TBweekasiong.jpg)
MOT benarkan pandu kenderaan barangan 'decontrolled' guna lesen memandu kelas D
Ka Siong berharap kebenaran khas itu membantu memulih serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
![Tiada larangan kenderaan barangan di jalan raya semasa perayaan Tahun Baru Cina Tiada larangan kenderaan barangan di jalan raya semasa perayaan Tahun Baru Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612340984_MenteriPengangkutan.jpg)
Tiada larangan kenderaan barangan di jalan raya semasa perayaan Tahun Baru Cina
Kementerian Pengangkutan tidak akan melaksanakan perintah larangan kepada kenderaan barangan daripada beroperasi di jalan raya dalam tempoh perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
![Kabinet setuju bike-hailing dikawal selia, proses rintis bermula Januari Kabinet setuju bike-hailing dikawal selia, proses rintis bermula Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571062626_TBGOJEK.jpg)
Kabinet setuju bike-hailing dikawal selia, proses rintis bermula Januari
Perkhidmatan tersebut akan dikawal melalui kaedah atau peraturan pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.