KUALA LUMPUR: Video tular menerusi media sosial memaparkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengiringi beberapa lori balak di kawasan Gua Musang, Kelantan sebenarnya sebahagian Operasi Khas Lori Balak yang dilaksanakan JPJ Kelantan.
JPJ dalam kenyataan malam tadi memaklumkan tindakan kenderaan JPJ mengiringi lori-lori itu untuk ke Stesen Penguatkuasa Mentara, Gua Musang adalah bagi memastikan pemandu lori terlibat tidak meloloskan diri daripada kawalan JPJ seterusnya ke lokasi yang diarahkan untuk menimbang berat muatan.
Menurut kenyataan itu, tindakan terbabit juga merupakan satu daripada prosedur operasi standard (SOP) JPJ bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.
"JPJ memandang serius persepsi negatif terhadap JPJ yang didakwa seolah-olah memberi 'perlindungan' kepada kesemua lori balak terbabit. Perkongsian video itu dilihat telah mencalarkan imej JPJ tanpa si pemilik akaun media sosial tersebut mengetahui gerak kerja sebenar JPJ.
"JPJ tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan dengan membuat laporan polis jika didapati tuduhan itu menggugat kredibiliti dan imej JPJ dalam melaksanakan tugas rutin," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, JPJ menerusi operasi tersebut pada Isnin menahan 30 lori balak di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang dan bertindak membuat pemeriksaan sebelum kesemua lori berkenaan diarahkan untuk ditimbang di Stesen Penguatkuasa Mentara diringi kenderaan rasmi JPJ.
"Selain itu, JPJ telah mengeluarkan 56 notis kesalahan iaitu 23 notis mengikut Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, dua notis mengikut Seksyen 224 APAD 2010 dan 31 notis bagi lain-lain kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebelum ini, tular satu video menerusi media sosial memaparkan kenderaan JPJ yang didakwa mengiringi lori balak di Kelantan dan mendapat pelbagai reaksi warganet sekali gus menyeru JPJ serta Kementerian Pengangkutan memberikan penjelasan lanjut mengenainya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022

Sebelum ini, tular satu video menerusi media sosial memaparkan kenderaan JPJ didakwa mengiringi lori balak di Kelantan. - Foto media sosial

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kenderaan JPJ iring lori balak di Kelantan terbabit operasi khas
Tindakan kenderaan JPJ mengiringi lori-lori itu untuk ke Stesen Penguatkuasa Mentara, Gua Musang adalah bagi memastikan pemandu lori terlibat tidak meloloskan diri.