KUALA LUMPUR: Malaysia dan China menyokong usaha berterusan berhubung pengecualian visa bagi memupuk hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.
Dalam kenyataan bersama hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Li Qiang berkata China bersetuju untuk melanjutkan kemudahan itu sehingga akhir 2025.
Sementara, Malaysia akan melanjutkan pengecualian visa sehingga penghujung 2026.
"Kedua-dua pemimpin mengalu-alukan minat yang mendalam untuk meneruskan perundingan dan perbincangan mengenai pengecualian visa bersama bagi memudahkan kemasukan rakyat Malaysia dan China," demikian menurut kenyataan bersama itu.
Li ketika ini dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia selama tiga hari yang berakhir hari ini sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Dalam kenyataan bersama juga, kedua-dua negara turut mengesahkan untuk menjalankan pusingan baharu berhubung penyelidikan bersama mengenai perlindungan panda sempena memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tersebut, sekali gus mengukuhkan kerjasama penyelidikan saintifik.
Selain itu, Kuala Lumpur dan Beijing juga bersetuju meningkatkan kerjasama pendidikan ke tahap baharu, mengukuhkan kerjasama pendidikan vokasional, penyelidikan saintifik bersama dan pendidikan digital.
"Mengiktiraf institusi pengajian tinggi untuk bersama-sama menubuhkan institut pengajian lanjutan, meningkatkan interaksi antara badan pemikir dan institusi pengajian tinggi, bagi menggalakkan kunjungan bersama antara guru dan pelajar, meningkatkan pertukaran budaya dan pembelajaran bersama.
"Pada masa sama, kedua-dua pihak mengalu-alukan lebih banyak kerjasama dalam bidang media, berita dan penerbitan, filem serta penyiaran untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat di kedua-dua negara terutamanya generasi muda," tambah kenyataan bersama itu.
Hasimi Muhamad
Thu Jun 20 2024

Anwar dan Li Qiang berkata China bersetuju untuk melanjutkan kemudahan itu sehingga akhir 2025 - Foto/Bernama

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

PM Anwar terima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua pada 5 November lalu sempena lawatan kerja beliau ke China.

Anwar berhadapan jadual padat pada hari kedua lawatan kerja ke Shanghai
Hari ini Anwar akan memulakan harinya dengan berucap pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7.

PM Anwar lakukan lawatan kerja empat hari ke China mulai 4 Nov
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 Nov 2024, atas jemputan daripada rakan sejawatnya Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa Chi

ASEAN, China setuju selesaikan konflik Laut China Selatan melalui jalur diplomatik - PM Anwar
Perkara itu dicapai dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China, yang menyaksikan kedua-dua pihak sepakat untuk mengelakkan sebarang tindakan keganasan

Yang di-Pertuan Agong terima menghadap Perdana Menteri China di Beijing
Pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan sukacita berada di Beijing untuk lawatan negara dan berbesar hati dengan sambutan mesra, layanan dan aturan lawatan yang disediakan.

Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju selesai isu Laut China Selatan secara aman
Kedua-dua negara menegaskan rundingan perlu dilakukan mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara umum.

Kenyataan bersama: Malaysia-China mahu rakyat Gaza dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Li Qiang menyeru bantuan kemanusiaan tanpa halangan dan perlindungan bantuan kemanusiaan termasuk kepada kakitangan perubatan.

Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju lanjut pengecualian visa
China bersetuju melanjutkan kemudahan itu sehingga akhir 2025 sementara Malaysia akan melanjutkan pengecualian visa sehingga penghujung 2026.

Kenyataan bersama: Malaysia iktiraf Taiwan tidak boleh dipisah dengan China
Malaysia mengiktiraf bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada negara China yang tidak boleh dipisahkan bagi republik itu mencapai penyatuan semula negara itu.

Perdana Menteri China berlepas pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Perdana Menteri China Li Qiang berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia hari ini.