Ringkasan AI
- Mahkamah Sesyen menangguhkan keputusan kes Datuk Seri Aliff Syukri yang menghadapi empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang kepada 14 Mac.
- Aliff Syukri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.
- Aliff Syukri diwakili oleh tiga peguam, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya MCMC.
Hakim Ahmad Fuad Othman menetapkan tarikh itu pada prosiding hari ini, yang sebelum ini ditetapkan bagi keputusan pada akhir kes pendakwaan terhadap usahawan berkenaan.
Aliff Syukri diwakili peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud, Mohd Radzlan Jalaludin dan Hasshahari Johari Mawi, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Faten Hadni Khairuddin.
Pada 13 Okt 2022, Aliff Syukri, 38, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagram miliknya, iaitu aliffsyukriterlajaklaris dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
