KOTA KINABALU: Kerajaan akan membuat keputusan berhubung mekanisme menstabilkan bekalan gula termasuk melibatkan harga bahan pemanis itu pada suku kedua tahun ini, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata kerajaan sedang menilai mekanisme antaranya melibatkan cadangan simpanan stok gula, pemberian subsidi atau menaikkan harga kawalan daripada RM2.85 sekilogram pada masa ini.
Bagaimanapun katanya sebarang keputusan yang bakal dibuat akan mengambil kira kepentingan rakyat.
"Bukan mudah buat keputusan ini seperti jika mahu naikkan harga kawalan, akan memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat. Buat stok simpanan bagus kerana jika bekalan gula sampai lambat, kita masih ada stok tetapi ini melibatkan peruntukan yang tinggi.
"Manakala dua pengilang yang keluarkan stok gula 42,000 metrik tan sebulan dengan harga terkawal RM2.85, tetapi dengan harga gula dunia meningkat sehingga 100 peratus, syarikat ini menanggung kerugian sejak 2021 menyebabkan mereka mengurangkan pengeluaran," katanya.
Armizan berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau bekalan gula di Gudang Sazarice Sdn Bhd di Taman Perindustrian Kota Kinabalu di sini hari ini.
Beliau berkata dunia berdepan defisit bekalan gula kira-kira sejuta tan metrik tahun lepas dan tahun ini angka itu diunjurkan mencecah 5.4 juta tan metrik berikutan pelbagai faktor antaranya pengeluaran dipengaruhi cuaca dan geopolitik.
"Justeru mekanisme yang sedang dinilai kerajaan ini amat penting bagi memastikan rakyat sentiasa memperoleh bekalan gula dan pada harga berpatutan," katanya.
Menurutnya Malaysia kini mengimport bekalan gula dari negara luar antaranya Brazil, India dan Filipina berikutan pengeluaran tebu di Chuping, Perlis telah ditamatkan pada 2012.
Katanya kerajaan juga telah memberi kelonggaran import bermula Jun tahun lepas dengan mengeluarkan permit import gula kepada 43 syarikat dengan syarat 30 peratus daripada gula yang diimport itu perlu dijual pada harga kawalan RM2.85 sekilogram bagi menambah bekalan gula di negara ini.
"Tetapi sehingga hari ini tiada satu pun syarikat yang dapat mengimport gula untuk dijual dengan harga kawalan RM2.85 itu. Hanya ada lima peratus daripada kuota diberikan itu dapat diimport tetapi ini dijual untuk harga industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024

Armizan (kanan) membuat pemeriksaan bekalan gula ketika melawat Gudang Sazarice Sdn Bhd di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) hari ini. - Foto Bernama

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Keputusan mekanisme stabilkan bekalan gula dibuat suku kedua tahun ini - Armizan
Kerajaan akan membuat keputusan berhubung mekanisme menstabilkan bekalan gula termasuk melibatkan harga bahan pemanis itu pada suku kedua tahun ini.