KUALA LUMPUR: Keputusan pengosongan enam kerusi Ahli Parlimen parti Bersatu terletak di tangan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Ahli Majlis Profesor Negara (Kluster Politik, Governan dan Undang-undang), Prof Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, akta itu jelas memberi kuasa kepada Speaker untuk membuat keputusan mengikut budi bicaranya.
Justeru, keputusan yang dibuat Speaker Dewan Rakyat kelak, tegas beliau, tidak terikat dengan mana-mana keputusan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) lain.
"Saya lihat Perkara 49 A itu jelas untuk memberi kuasa kepada Speaker membuat keputusan. Jadi budi bicara itu tetap pada Speaker.
"Jika beliau (Speaker) membuat keputusan memberi kelebihan kepada enam Ahli Parlimen Bersatu itu maka itu adalah keputusan beliau... tidak terikat dengan mana-mana (keputusan) speaker yang lain," katanya ketika diwawacara dalam Agenda AWANI pada Isnin.
Mengulas mengenai kes DUN Nenggiri, beliau bersetuju tindakan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman kepada keputusan Speaker DUN Kelantan dan menolak injuksi terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ini kerana, katanya, SPR mempunyai kuasa melaksanakan satu pilihan raya kecil dan ia tidak boleh dihalang secara injuksi.
"Melainkan, sekiranya mahkamah memutuskan dalam proses membuat keputusan, Speaker DUN Kelantan (berlaku) salah dalam bentuk tafsiran dan mengatakan bahawa tafsiran itu salah barulah saya rasa isu unjuksi boleh diutarakan di mahkamah," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya, keputusan yang dibuat Speaker Dewan Rakyat kelak bercanggah dengan keputusan Speaker DUN Kelantan mahupun Selangor, maka Akta Antilompat parti yang ada sekarang perlu dipinda dan diperjelaskan untuk pindaan.
Astro Awani
Tue Jul 02 2024

Nik Ahmad Kamal berkata, Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas memberi kuasa kepada Speaker untuk membuat keputusan mengikut budi bicaranya. - Foto fail/BERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Keputusan pengosongan kerusi Ahli Parlimen Bersatu di tangan Speaker Dewan Rakyat - Penganalisis
Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas memberi kuasa kepada Speaker untuk membuat keputusan mengikut budi bicaranya, kata Nik Ahmad Kamal.