KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan MYAirline Sdn Bhd membatalkan saman difailkan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd bagi menuntut syarikat itu membayar RM17.7 juta susulan kegagalannya melunaskan caj perkhidmatan lapangan terbang, akan diputuskan 16 Ogos ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Nesema Jalaludheen mewakili MYAirline dan peguam Shannon Rajan mewakili Malaysia Airports (Sepang) serta Malaysia Airports Sdn Bhd selaku plaintif.
Pada 24 Nov tahun lepas, MYAirline memfailkan permohonan tersebut atas alasan plaintif perlu menggunakan satu mekanisme penyelesaian pertikaian seperti dinyatakan dalam Seksyen 74 hingga 78 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 sebelum memfailkan saman tersebut.
Oleh itu, tindakan plaintif adalah tidak sah atau pramatang kerana mereka tidak mematuhi serta tidak menggunakan mekanisme penyelesaian pertikaian tersebut.
Kedua-dua plaintif membantah permohonan tersebut kerana mekanisme penyelesaian di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia tidak terpakai untuk perkara itu.
Selain itu, kedua-dua plaintif juga memfailkan permohonan untuk mendapatkan penghakiman terus pada 9 Nov 2023, atas alasan wang dituntut daripada defendan masih terakru dan terhutang selain defendan tidak mempunyai sebarang pembelaan terhadap tindakan saman itu.
Malaysia Airports (Sepang) dan Malaysia Airports Sdn Bhd selaku plaintif memfailkan saman itu pada 18 Okt 2023, dengan mendakwa MYAirline sebagai defendan gagal membayar enam jenis caj perkhidmatan kepada kedua-dua plaintif yang keseluruhannya berjumlah RM17,747,553.02.
Dakwanya, caj tertunggak yang perlu defendan bayar adalah perkhidmatan penumpang (PSC) dan perkhidmatan keselamatan penumpang (PSSC) berjumlah RM10,863,478.90, pendaratan (RM5,445,555,45), tempat letak pesawat (RM176,017.92), aerobridge (RM655,760), kaunter daftar masuk (RM267,367) dan pembayaran lewat (RM339,373.72).
Plaintif mendakwa defendan tidak pernah mempertikaikan kandungan invois dan penyata akaun dikeluarkan syarikat penerbangan itu dalam masa 30 hari.
Sehubungan itu, plaintif menuntut defendan antaranya membayar caj tertunggak berjumlah RM17,747,553.02 kepada syarikat penerbangan itu khususnya RM9,111,402.94 kepada plaintif pertama dan RM8,636,150.08 kepada plaintif kedua, ganti rugi am dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024
![Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719573532_TBMyAirline.jpg)
Malaysia Airports (Sepang) dan Malaysia Airports Sdn Bhd memfailkan saman pada 18 Okt 2023, mendakwa MYAirline gagal membayar enam jenis caj perkhidmatan yang keseluruhannya berjumlah RM17,747,553.02. - Gambar fail/BERNAMA
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
![Banjir: Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim masih ditutup Banjir: Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim masih ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733378943_TBbanjirkedah.jpg)
Banjir: Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim masih ditutup
Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) masih ditutup akibat banjir.
![Malaysia Airports raih paras tertinggi bulanan baharu pergerakan penumpang pada Julai 2024 Malaysia Airports raih paras tertinggi bulanan baharu pergerakan penumpang pada Julai 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61638207069_MAHBMalaysiaAirpo.jpg)
Malaysia Airports raih paras tertinggi bulanan baharu pergerakan penumpang pada Julai 2024
Malaysia Airports Group mencatatkan 12.4 juta pergerakan penumpang pada Julai 2024, peningkatan 7.3 peratus berbanding bulan sebelumnya sekali gus sebagai paras tertinggi bulanan baharu pascapandemik.
![MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697438869_TBGENERICMYAirline.jpg)
MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak
MYAirline diarah membayar RM17.7 juta caj perkhidmatan lapangan terbang tertunggak kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd.
![Menangi baucar membeli-belah RM1 juta dalam kempen Licence To Win 2024 Menangi baucar membeli-belah RM1 juta dalam kempen Licence To Win 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721296000_LicenceToWin.jpg)
Menangi baucar membeli-belah RM1 juta dalam kempen Licence To Win 2024
Jika sebelum ini hadiahnya adalah kereta mewah, tahun ini lebih menarik kerana hadiah utama adalah baucar membeli-belah bernilai RM1 juta.
![Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719573532_TBMyAirline.jpg)
Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini
Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam kedua-dua belah pihak.
![Konflik Iran-Israel: Pendapatan Malaysia Airports dijangka terjejas hingga 26% Konflik Iran-Israel: Pendapatan Malaysia Airports dijangka terjejas hingga 26%](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713329513_maybank.jpg)
Konflik Iran-Israel: Pendapatan Malaysia Airports dijangka terjejas hingga 26%
Ketegangan geopolitik yang kian menggusarkan di Asia Barat boleh menyebabkan penumpang udara dari rantau itu terjejas sekali gus mampu mengurangkan pendapatan Malaysia Airports Holdings Berhad.
![Malaysia Airports catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2023 Malaysia Airports catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51675054392_KLIA.jpg)
Malaysia Airports catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2023
Angka pada Oktober telah mencecah lebih 87 peratus daripada paras sebelum pandemik untuk sektor antarabangsa dan domestik.
![Malaysia Airports catat lebih 11 juta pergerakan penumpang pada Ogos 2023 Malaysia Airports catat lebih 11 juta pergerakan penumpang pada Ogos 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688638754_KLIASepang.jpg)
Malaysia Airports catat lebih 11 juta pergerakan penumpang pada Ogos 2023
MAHB merekodkan lebih 11 juta pergerakan penumpang dalam rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia dan Turkiye pada Ogos 2023.
![Malaysia Airports raih 52.7 juta trafik penumpang pada 2022 - MAHB Malaysia Airports raih 52.7 juta trafik penumpang pada 2022 - MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61638207069_MAHBMalaysiaAirpo.jpg)
Malaysia Airports raih 52.7 juta trafik penumpang pada 2022 - MAHB
Trafik penumpang udara raih momentum pada 2022 dengan catatan 52.7 juta berbanding 10.72 juta pada 2021.
![Pengembara antarabangsa boleh ambil RTK-Ag dalam 24 jam, di luar lapangan terbang - MAHB Pengembara antarabangsa boleh ambil RTK-Ag dalam 24 jam, di luar lapangan terbang - MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41648821214_pembukaansempadan.jpg)
Pengembara antarabangsa boleh ambil RTK-Ag dalam 24 jam, di luar lapangan terbang - MAHB
Ujian tersebut boleh dilakukan di mana-mana pusat kesihatan swasta, termasuk klinik dan hospital pilihan pengembara.