KUALA LUMPUR: Keperluan untuk mewujudkan akta baharu atau menambah baik Akta Orang-Orang Papa 1977 dalam menangani isu pengemis hanya boleh diputuskan selepas satu kajian semakan akta berkenaan siap tahun depan.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rosmahwati Ishak berkata kajian semakan akta tersebut akan dimulakan pada Julai nanti dan dijangka siap September tahun depan.
"Terdapat keperluan akta berkenaan disemak kembali bagi menetapkan hala tuju berkaitan isu pengemis dan gelandangan memandangkan pada masa kini tiada punca kuasa dan perundangan yang khusus dalam pengoperasian dan pengendalian golongan tersebut di negara ini," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini.
Jelasnya, Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) 2019 telah memutuskan supaya suatu akta baharu yang lebih inklusif digubal untuk menangani isu gelandangan dan pengemisan secara holistik dengan mengambil kira kuasa dan peranan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Berikutan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian semakan akta untuk meneliti isu ini dengan lebih serius dan sebagai asas bagi melihat sama ada sesuai untuk membangunkan suatu akta baharu atau menambah baik akta sedia ada.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu kelompangan akta yang menjadi antara punca Kuala Lumpur sebagai 'syurga' pengemis seperti yang dilaporkan Bernama.
Dalam satu laporan khas Bernama mengenai isu pengemis pada Khamis, mendedahkan akta yang berusia lebih empat dekad itu sudah lapuk dan tidak lagi sesuai untuk digunakan bagi membanteras aktiviti berkenaan berikutan berhadapan pelbagai cabaran dalam menanganinya.
Ini kerana, akta sedia ada hanya bertujuan melindungi dan memulihkan golongan tersebut serta tidak mempunyai elemen penguatkuasaan termasuk denda kepada pengemis.
Di bawah akta berkenaan, pengemis yang berumur bawah 60 tahun yang tidak mempunyai waris akan ditempatkan di Desa Bina Diri (DBD) manakala bagi yang berumur 60 tahun ke atas akan dihantar ke Rumah Sri Kenangan (RSK) kelolaan JKM.
Terdapat lima institusi yang menempatkan kes orang papa termasukah pengemis iaitu di Johor, Selangor, Pahang, Sabah serta Sarawak dan sehingga kini jumlah keseluruhan orang papa yang tinggal di institusi di bawah JKM adalah seramai 7,312 orang dari 2017 sehingga 2021.
JKM sendiri katanya turut berhadapan kekangan dalam menguatkuasakan Akta Orang-Orang Papa 1977 terutamanya melibatkan pengemis yang bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi dan juga pengemis bermusim terutamanya ketika Ramadan.
Selain itu, JKM turut berdepan cabaran membanteras pengemis warga asing yang bukan tertakluk di bawah akta tersebut tetapi di bawah bidang kuasa dan agensi lain.
Biarpun begitu, Rosmahwati berkata sekuat mana pun akta yang akan dilaksanakan termasuklah pelbagai penguatkuasaan operasi membanteras pengemis dilakukan, ia tidak akan berkesan sekiranya masyarakat tidak berganding bahu dalam mengekang kegiatan tersebut.
Ini kerana, cabaran utama yang dihadapi JKM adalah sikap prihatin dan pemurah masyarakat yang mudah simpati dengan memberikan sumbangan kepada golongan tersebut sekali gus menggalakkan lagi aktiviti mengemis sehingga dianggap sebagai satu pekerjaan.
"Menangani aktiviti mengemis adalah tanggungjawab bersama agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) dan orang awam. Oleh itu, menjadi harapan JKM agar masyarakat bersama-sama membanteras isu pengemis dengan tidak memberikan sumbangan kepada mereka sekali gus dapat mengurangkan aktiviti tersebut," katanya.
Beliau pada masa sama turut menasihatkan agar masyarakat sewajarnya memberikan sumbangan mengikut saluran yang betul seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), rumah-rumah kebajikan berdaftar, mangsa bencana, rumah ibadat atau individu yang benar-benar dikenal pasti susah.
Dalam pada itu, Rosmahwati turut menyuarakan kebimbangan mengenai budaya meminta yang ditularkan menerusi platform media sosial yang kini semakin menjadi trend kerana ia dilihat berpotensi menggalakkan aktiviti mengemis secara moden menggunakan Facebook, aplikasi WhatsApp, Twitter dan sebagainya.
Tegas beliau, sebarang bentuk permohonan sumbangan perlu mendapatkan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Majlis Agama Islam sekiranya sumbangan tersebut berunsurkan keagamaan seperti kutipan derma khairat, kebajikan, membina masjid mahupun berkaitan pusat tahfiz.
Ketika ditanya sama ada pengemis mampu keluar daripada kepompong aktiviti berkenaan berikutan ramai yang kembali mengemis selepas keluar daripada institusi JKM, Rosmahwati berkata ia bukanlah satu perkara mustahil namun mereka perlu diberikan pekerjaan.
"Harapan JKM juga agar pihak NGO dapat melaksanakan program motivasi bagi meningkatkan jati diri mereka dan membantu mendapatkan pekerjaan kepada golongan ini.
"Malah, dalam membantu masyarakat yang susah, kerajaan ada menyediakan skim bantuan seperti TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Beliau berkata kedua-dua agensi ini menyediakan pembiayaan kredit mikro secara mudah kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah di samping turut meyediakan bimbingan, latihan dan khidmat sokongan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022
Aktiviti mengemis yang telah wujud di negara ini dilihat semakin berkembang dan membimbangkan adalah golongan berkenaan semakin agresif mendesak orang ramai 'bersedekah'. -- fotoBERNAMA
Lawatan Negara Prabowo Subianto lambang komitmen antara Malaysia dan Indonesia
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenytaan pada Ahad berkata, ini merupakan lawatan negara pertama Presiden ke negara di rantau asia tenggara selepas pelantikan beliau sebagai Presiden Republik Indonesia pada 20 Oktober 2024.
Eksklusif: Suasana Mengerikan di Ibu Pejabat Perisikan Bashar Al-Assad, Aleppo, Syria
Hilal Azmi membawa anda secara eksklusif ke dalam suasana di ibu pejabat perisikan kerajaan Bashar Al-Assad, Al-Mukhabarat Al-Jawiyah, di Aleppo, Syria.
Temui kisah di sebalik kekejaman dan kegilaan kuasa yang menyebabkan rakyat Syria bangkit menentang pemerintahan diktator ini.
Temui kisah di sebalik kekejaman dan kegilaan kuasa yang menyebabkan rakyat Syria bangkit menentang pemerintahan diktator ini.
Amanah boleh menang belasan kerusi di Kelantan pada PRU16 - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata keyakinan itu juga bersandarkan keadaan perpaduan parti, selain rombakan kerusi yang dilakukan dengan betul.
Bomba keluar 26 notis hapus bahaya kebakaran terhadap premis di Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengeluarkan 26 notis penghapusan bahaya kebakaran sempena kempen keselamatan kebakaran Tahun Baharu Cina sejak 13 Jan lepas.
#AWANI Ringkas 26 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Januari 2025
1️⃣ Wisma Putra bantu 8 pelajar malaysia cedera
2️⃣ isu tiada sijil nikah penduduk Pulau Mabul akan ditangani
3️⃣ sekolah patriotik umno dilancarkan
#awaniringkas
1️⃣ Wisma Putra bantu 8 pelajar malaysia cedera
2️⃣ isu tiada sijil nikah penduduk Pulau Mabul akan ditangani
3️⃣ sekolah patriotik umno dilancarkan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Kes pukul OKU
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kemalangan di Mesir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [26/1/2025] – Nahas bas persiaran: pemandu parah, enam pelancong China cedera ringan. | Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 3,000 Lagi menyusul tahun ini. | Isu tiada sijil nikah dalam kalangan penduduk Pulau Mabu
Awani Borneo Ahad 26 Januari 2025 bersama Assim Hassan
- Nahas bas persiaran: pemandu parah, enam pelancong China cedera ringan.
- Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 3,000 Lagi menyusul tahun ini.
- Isu tiada sijil nikah dalam kalangan penduduk Pulau Mabul akan segera diatasi.
- Nahas bas persiaran: pemandu parah, enam pelancong China cedera ringan.
- Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 3,000 Lagi menyusul tahun ini.
- Isu tiada sijil nikah dalam kalangan penduduk Pulau Mabul akan segera diatasi.
Tentera Israel langgar gencatan senjata, 5 penduduk Palestin cedera ditembak
Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal terpaksa bermalam di kawasan terbuka sementara menunggu kebenaran untuk pulang ke rumah.
Kerajaan pastikan harga terus terkawal menjelang Tahun Baharu Cina - MB Selangor
Orang ramai digesa untuk membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang masih ingkar, atau sengaja tidak mempamerkan harga jualan.
Polis Johor bongkar sindiket eksploitasi OKU asing jadi pengemis
Sindiket itu beroperasi sejak April lepas dan setiap pengemis OKU mampu mengutip derma mencecah RM8,000 sebulan.
Warga asing guna ubat 'tidurkan' kanak-kanak untuk mengemis
Perbuatan itu dipercayai bagi meraih simpati orang ramai sekali gus meningkatkan 'pendapatan' warga asing terbabit.
Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy
Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.
Pihak berkuasa Filipina beri amaran sindiket pengemis guna kod QR
Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular di media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran.
Main kasar! Taktik baharu pengemis ibu kota
Mereka didakwa menggunakan kekerasan sekiranya seseorang itu tidak mahu memberikan wang atau mahu melaporkan kepada pihak berkuasa.
Warga Thailand dakwa mengemis untuk ubat penyakit anak
Wanita berusia 46 tahun itu mendakwa berstatus ibu tunggal kepada dua anak perempuan berusia 18 dan 22 tahun selepas kematian suami lebih sembilan tahun lalu.
Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.
Sabah sedia Pusat Perlindungan Sementara atasi masalah kanak-kanak mengemis - Hajiji
Pusat perlindungan berkenaan dijangka mula beroperasi pada penghujung tahun ini.
80 peratus pengemis di Kelantan adalah penerima bantuan JKM
Hampir 80 peratus pengemis dan peminta sedekah yang ditahan di Kelantan adalah penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
13 termasuk lima warga asing ditahan mengemis di Kota Bharu - JKM
Bagi warga tempatan yang ditahan, mereka diminta supaya menandatangani Surat Aku Janji dan dihalang untuk berbuat demikian lagi.