KUALA LUMPUR: Keputusan tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu dibuat selepas semua perkara dikaji, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Ketika memberikan petua mengenainya di Dewan Rakyat hari ini, beliau menegaskan untuk kekal dengan keputusan itu yang telah dimaklumkan melalui surat kepada Ketua Whip Bersatu yang juga Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee bertarikh 9 Julai lepas.
"Saya sebut saya bukan posmen. Bila saya menerima apa juga diberikan kepada saya...saya akan memastikan saya kaji semua sekali.
"Saya baca kenyataan-kenyataan dalam pembinaan pindaan yang dibuat tentang Perkara 49 (Perlembagaan Persekutuan) itu. Saya ambil keputusan, keputusannya kekal seperti yang telah saya maklumkan kepada Beluran bahawa kekosongan tidak berlaku," katanya.
Melalui surat kepada Ronald mengenai keputusan terhadap notis pemakluman kekosongan kerusi lima Ahli Parlimen Bersatu, Johari memaklumkan Perlembagaan Bersatu telah menafikan hak lima Ahli Parlimen itu sebagaimana termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
Dalam surat berasingan mengenai keputusan tidak mengosongkan kerusi Parlimen Labuan, Johari memaklumkan beliau tidak mahu merosakkan kepentingan pihak sedang berbicara dalam kes mahkamah susulan Ahli Parlimen berkenaan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman bertindak menyaman Bersatu.
Selain Suhaili, lima Ahli Parlimen terlibat ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
Terdahulu, Ronald bangkit mengemukakan Peraturan Mesyuarat 99 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi meminta petua Johari berhubung keputusan mengekalkan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu sebagai wakil rakyat selepas mereka mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain Ronald, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) berkata keputusan menentukan status keahlian keenam-enam Ahli Parlimen berkenaan dalam Bersatu adalah di bawah parti tersebut dan bukannya di bawah bidang Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Sementara itu RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit mempertahankan keputusan Johari dengan berkata pindaan parti Bersatu tidak boleh digunakan secara retrospektif.
"Pindaan Perlembagaan parti Bersatu dibuat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) dan pindaan-pindaan yang dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan dibuat sebelum itu.
"Pada hemat saya perkara itu adalah sesuatu yang telah diputuskan dan tidak boleh dicabar kerana Speaker telah mengambil kira bahawa pindaan perlembagaan parti Bersatu dibuat selepas PRU dan selepas keenam orang itu menyatakan sokongan kepada Yang Amat Berhormat Tambun (Anwar)," katanya.
Percanggahan pendapat antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyebabkan sesi Dewan Rakyat terhenti hampir 30 minit ketika perbahasan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Johari menegaskan untuk kekal dengan keputusan itu yang telah dimaklumkan melalui surat kepada Ketua Whip Bersatu bertarikh 9 Julai lepas. - Gambar fail/Bernama

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.