JOHOR BAHRU: Kantin sebuah sekolah menengah di Batu Pahat diarahkan tutup selama 14 hari berikutan 90 pelajar dan sembilan warga pendidik terkesan akibat keracunan selepas dipercayai memakan ayam goreng di kantin tersebut, Khamis lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
Beliau berkata pemeriksaan telah dilakukan di kantin terbabit dan sampel makanan diambil untuk dihantar ke makmal dengan keputusan ujian dijangka diperolehi dalam dua atau tiga hari lagi.
"Siasatan masih berjalan dan sepanjang penutupan, pengusaha kantin perlu membersihkan premis tersebut.
"Kita telah ambil sampel makanan untuk dihantar ke makmal dan buat masa ini kemungkinan (keracunan adalah berpunca daripada) ayam goreng," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kempen Saringan Diabetes di Regency Medical Care Centre di sini hari ini.
Ling dalam pada itu menyatakan daripada 99 orang yang terkesan, 11 daripadanya yang merupakan pelajar telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik kesihatan dan klinik swasta dan tiada yang dimasukkan ke wad hospital dengan baki jumlah tersebut hanya mengalami simptom ringan.
Ling berkata setakat ini pelajar sekolah itu diminta membawa bekal makanan dan minuman masing-masing susulan penutupan kantin terbabit dan menasihati agar semua pihak berhati-hati dengan mengamalkan tiga kaedah iaitu lihat, hidu dan rasa sebelum menikmati sebarang juadah.
Sementara itu berhubung tumpahan bahan api marin (MFO) di perairan Pengerang, beliau berkata kerja-kerja pembersihan di sepanjang pesisir Sungai Rengit hingga Teluk Ramunia yang bersempadan dengan Singapura sudah selesai sepenuhnya.
Beliau berkata 43 tan sisa minyak telah dikumpulkan hasil kerja-kerja pembersihan yang dilakukan sebelum memberitahu bahawa terdapat pencemaran terbaharu dikesan di Pulau Che Kamat, Sungai Rengit dan kerja pembersihan akan bermula esok.
Dalam pada itu, Ling berkata kos pembersihan ditanggung syarikat insurans kapal yang terlibat dalam pelanggaran tersebut dan jumlah kerugian sedang dibincang, termasuk bayaran pampasan kepada pihak yang terkesan termasuk nelayan.
Media sebelum ini melaporkan pada 14 Jun lepas, kapal Vox Maxima dari Belanda melanggar kapal tangki minyak Marine Honor dari Singapura yang menyebabkan kira-kira 400 tan tumpahan minyak di perairan sekitar pantai Singapura dan merebak ke perairan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2024

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat. - Gambar fail/BERNAMA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

13 murid alami keracunan makanan
Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar keracunan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah itu.

34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan
Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo.

22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.

Lebih 100 pelanggan alami keracunan makanan selepas makan di restoran
Laporan berkaitan kejadian itu diterima oleh PKD Kota Bharu daripada klinik swasta dan hospital kerajaan yang merawat pesakit terbabit.

Keracunan makanan: Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa - Exco
Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor bakal dikenakan tindakan perundangan susulan kejadian keracunan makanan 25 Sept lepas.

'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.

Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.

Keracunan makanan: Kantin SK Chepor diarah tutup dua minggu
Arahan itu dikeluarkan apabila pemeriksaan semalam mendapati penilaian premis makanan berasaskan risiko adalah tidak memuaskan.

86 murid SK Chepor keracunan makanan
Difahamkan, kesemua mangsa mengalami gejala sakit perut, muntah, cirit birit dan sakit kepala selepas makan beberapa jenis makanan ketika waktu rehat.

JKNT rekod 33 episod keracunan makanan setakat Ogos lepas
Sebanyak 33 episod keracunan makanan direkodkan di Terengganu sejak Januari hingga Ogos lepas.