PUTRAJAYA: Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan telah membangunkan sebuah laman sesawang yang mengandungi maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan semasa tuntutan Kumpulan Sulu yang akan dilancarkan esok.
Laman sesawang "Malaysia-Sulu Case" itu menggunakan lima bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Inggeris, Tagalog, Perancis dan Sepanyol hasil usaha Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Luar dan Kementerian Komunikasi dan Digital.
Beliau berkata demikian dalam satu sesi taklimat bersama media mengenai kes tuntutan Kumpulan Sulu itu di sini hari ini.
Azalina juga berkata fakta kes tuntutan Kumpulan Sulu itu adalah tidak begitu kukuh kerana sehingga kini belum diketahui sama ada mereka yang membuat tuntutan itu benar-benar waris Sultan Jamalul Kiram II.
Katanya asas tuntutan kumpulan berkenaan hanya berdasarkan kepada perjanjian antara Kesultanan Sulu dengan wakil Syarikat Borneo Utara British pada abad ke-19 dalam tulisan Jawi.
Beliau berkata tuntutan pihak Sulu terhadap Malaysia juga mengabaikan kehendak rakyat Sabah untuk menyertai Malaysia pada 1963 seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Cobbold.
Menurut Azalina tuntutan berkenaan melalui timbang tara komersial serta prosiding terhadap Malaysia dibiayai oleh dana litigasi dikenali sebagai Therium untuk menuntut sebanyak US$14.9 bilion daripada Malaysia.
Pada Februari tahun lepas, agensi berita di Sepanyol melaporkan penimbang tara negara itu Dr Gondoza Stampa telah mengarahkan Malaysia membayar pampasan sebanyak AS$14.92 (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu.
Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah atau pampasan berjumlah RM5,300 setahun sejak 2013 yang dikatakan telah melanggar Perjanjian 1878 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam dengan Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo.
Sementara itu dalam taklimat yang sama Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata salah seorang penuntut daripada Kumpulan Sulu yang dikenali sebagai Fuad A Kiram telah diklasifikasikan sebagai pengganas.
Beliau berkata Fuad telah disenaraikan dalam entiti yang diklasifikasi sebagai pengganas di bawah Seksyen 66B Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, berkuat kuasa 6 April lepas.
"Kementerian Dalam Negeri telah memaklumkan bahawa seorang penuntut Fuad A Kiram yang juga salah seorang pengasas Royal Sulu Force iaitu satu kumpulan pengganas, telah diklasifikasikan sebagai entiti pengganas oleh kerajaan," katanya dalam satu taklimat media di sini hari ini.
Fuad atau nama sebenarnya Muhammad Fuad Abdullah Kiram, 69, merupakan salah seorang daripada lapan individu yang mendakwa waris Kumpulan Sulu dan sedang membuat tuntutan terhadap Sabah termasuk beberapa aset milik Malaysia di luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bercakap pada sidang akhbar berkenaan tuntutan sulu di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang hari ini. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Bekas pemilik syarikat dipenjara enam bulan sembunyi lebih RM1.3 juta wang milik wanita
Dia didakwa melakukan perbuatan itu sebuah premis di Sentul pada 19 April lepas mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Skuasy: Malaysia sapu bersih gelaran juara berpasukan Asia
Malaysia mendominasi perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 dengan menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita di Dalian, wilayah Liaoning, China, hari ini.

Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.

Jerebu akibat pembakaran terbuka di Sabah semakin membimbangkan - Bomba
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka di negeri ini semakin membimbangkan walaupun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini kebanyakannya pada tahap sihat.

Perjanjian bersama JS-SEZ akan dimeterai pada akhir tahun ini
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara Malaysia dan Singapura dijangka ditandatangani pada akhir tahun ini, menurut Kementerian Ekonomi.

3.6 juta penduduk telah mendaftar PADU
Seramai 3,683,944 warganegara dan penduduk tetap di Malaysia telah mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat 21 Feb lepas.

Shah Firdaus, Izzah Izzati rangkul gangsa acara pecut ACC di India
Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mempamer aksi memberangsangkan selepas masing-msing meraih pingat gangsa dalam acara pecut pada ACC 2024 di New Delhi, India hari ini.

Teknologi terkini, media sosial lancarkan Pemilu 2024 di Sabah
Penggunaan teknologi terutama melibatkan teknologi maklumat dan media sosial memainkan penting dalam melancarkan proses Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk warga Indonesia di Sabah.

KLIFAA 2024 jangka tarik hingga 4,000 penyertaan penggiat industri perfileman
Anugerah Akademi Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFAA) 2024 dijangka menarik hingga 4,000 penyertaan dalam kalangan penggiat industri perfileman di seluruh dunia.

Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang penghantar makanan terpaksa berputih mata apabila kerugian RM82,000 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud.