LANGKAWI: Kerajaan belum membuat keputusan sama ada rebat elektrik, yang dinikmati 9.44 juta pengguna Tenaga Nasional Bhd (TNB) hingga 31 Dis ini, akan dilanjutkan atau tidak.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perkara itu telah dibawa ke peringkat Kabinet namun keputusan mengenainya bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.
"Jika sekiranya kewangan kerajaan mengizinkan, rebat ini mungkin diteruskan lagi. Kita tunggu dalam pembentangan Belanjawan 2022 nanti jika ada dan diluluskan Kementerian Kewangan. Kita harap ada berita baik," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Niat Inisiatif Solar di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan pemberita sama ada kerajaan berhasrat melanjutkan rebat elektrik sebanyak dua sen/kWj yang dinikmati pengguna mulai 1 Julai lepas.
Pada Jun lepas, kerajaan mengumumkan pemberian rebat elektrik membabitkan peruntukan RM493 juta melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Mengulas mengenai kegiatan perlombongan emas haram yang didedahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah di Lahad Datu kelmarin, Takiyuddin berkata pihaknya masih menunggu maklumat terperinci berhubung perkara itu.
Beliau berkata kementerian memandang serius perkara itu dan menyifatkan aktiviti perlombongan haram sebagai sangat berbahaya.
"Kita tidak galak aktiviti ini dan jika tidak ikut prosedur operasi standard, ia boleh mendatangkan bahaya jika (lombong) runtuh dan mungkin menyebabkan kematian.
"Selain itu, ia (emas) adalah harta kerajaan, mineral hak kerajaan yang menjadi khazanah negara, jadi jika buat secara haram maka sama seperti mencuri dan kita tidak galak ia dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021

Kerajaan belum membuat keputusan sama ada rebat elektrik, yang dinikmati 9.44 juta pengguna Tenaga Nasional Bhd (TNB) hingga 31 Dis ini, akan dilanjutkan atau tidak. - Gambar fail/BERNAMA

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kebajikan golongan miskin tegar terus terbela menerusi rebat elektrik
Pemberian rebat itu dilihat mampu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang tinggi ketika ini.

Kerajaan belum putus lanjut rebat elektrik - Takiyuddin
Kerajaan belum membuat keputusan sama ada rebat elektrik, yang dinikmati 9.44 juta pengguna Tenaga Nasional Bhd (TNB) hingga 31 Dis ini, akan dilanjutkan atau tidak.

Rebat elektrik kekal 1 Julai hingga 31 Dis, diskaun bil bersasar akan diumum PM
Seramai 9.44 juta pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan terus menikmati rebat elektrik sebanyak 2 sen /kWj bermula 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini.

Pengguna domestik, bukan domestik terima rebat elektrik 2 sen setiap kWj
Semua pengguna TNB domestik dan bukan domestik akan menerima rebat elektrik pada kadar dua sen setiap kilowatt per jam.

Rebat 2 sen/kWh bagi setiap pengguna elektrik pada 2021 - Shamsul Anuar
Pengguna domestik dan industri akan menikmati rebat elektrik sebanyak dua sen/kWh bermula 1 Jan hingga 30 Jun 2021, demikian diumumkan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.