Kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengawal penggunaan vape terutama yang mengandungi cecair nikotin dalam perisanya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata cecair nikotin yang terkandung dalam perisa vape merupakan bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan untuk rokok atau produk tembakau.
"Oleh kerana perisa-perisa vape yang mengandungi nikotin ini dijual di pasaran dan tidak terkawal, maka perlu wujud satu undang-undang untuk mengawalnya," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.
Dr Subramaniam berkata ketika ini, cecair nikotin hanya dijual dalam kuantiti yang terkawal di farmasi-farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar untuk tujuan perubatan.
"Berdasarkan kajian, pengambilan nikotin akan membawa kepada ketagihan dan boleh membawa maut sekiranya mengambilnya secara berlebihan," katanya.
Bernama
Thu Nov 26 2015

SUBRAMANIAM: Cecair nikotin yang terkandung dalam perisa vape merupakan bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan untuk rokok atau produk tembakau.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Usaha gubal Akta Parlimen Berpenggal tetap bukan langkah terdesak - Azalina
Ia sebagai menghormati mandat pilihan raya, proses demokrasi dan memastikan kestabilan politik dalam keadaan semasa geopolitik yang tidak menentu.

Tiada keperluan perjanjian baharu untuk Sabah, Sarawak - Maximus Ongkili
Lebih baik mengkaji MA63 dan memperbaiki segala kelemahan dan melihat bagaimana ia dapat membantu penduduk di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan kaji kemungkinan larangan penuh vape, rokok elektronik
Jawatankuasa diwujudkan susulan peningkatan kes kematian pengguna vape dan rokok elektronik, iaitu seramai 28 orang di Amerika Syarikat (AS) dan seorang di United Kingdom (UK).

Akta khusus warga emas akan digubal - TPM
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata satu akta khusus untuk warga emas akan digubal dalam waktu terdekat bagi melindungi kebajikan dan hak asasi golongan itu.

Kerajaan cadang gubal undang-undang baharu kawal penggunaan vape
Kerajaan bercadang gubal undang-undang baharu bagi mengawal penggunaan vape terutama yang mengandungi cecair nikotin dalam perisanya.

Akta Keharmonian Nasional kekal elemen asas
Akta Keharmonian Nasional akan digubal menggantikan Akta Hasutan demi memastikan kestabilan politik dan keharmonian negara.