BANGI: Kerajaan bercadang menubuhkan Suruhanjaya Maklumat yang akan mengawal selia dan memastikan pematuhan terhadap Akta Kebebasan Maklumat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.
Berucap merasmikan Program Libat Urus Inisiatif Ke Arah Kebebasan Maklumat bersama Agensi Penguatkuasaan, Keselamatan dan Pertahanan 2023, di sini, hari ini, beliau berkata, suruhanjaya itu akan ditubuhkan selepas Akta Kebebasan Maklumat diluluskan untuk dikuatkuasakan selepas dibentangkan di Parlimen.
"Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Maklumat sebagai sebuah badan pengawal bebas yang bertanggungjawab mengawal selia Akta Kebebasan Maklumat, mendengar rayuan dan memastikan pematuhan terhadap akta ini," katanya.
Bercakap kepada media selepas itu, Ramkarpal berkata, Akta Kebebasan Maklumat yang memastikan hak rakyat untuk mendapatkan akses kepada maklumat sahih lebih terbuka dan telus daripada kerajaan, dijangka dibentangkan di Parlimen Oktober depan.
Pada masa ini, katanya, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang berada di peringkat akhir untuk menyelesaikan tugas-tugas kajian dasar berkaitan cadangan penggubalan akta tersebut.
Ia termasuklah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pelbagai pihak dan memperhalusi beberapa perkara seperti jenis maklumat yang boleh diakses oleh rakyat di bawah akta tersebut.
Menurutnya, sesi libat urus telah diadakan dengan kira-kira 20 agensi sejak Januari 2019 sehingga sekarang termasuk dengan badan bukan kerajaan, Center for Independent Journalism dan wakil daripada Pejabat Pesuruhjaya Maklumat dari negara seperti Sri Lanka, Indonesia, India, Afghanistan, Scotland dan United Kingdom.
"Kami juga mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang oleh kerana undang-undang ini dah gubal di peringkat negeri tersebut, jadi adalah penting untuk mendapatkan maklum balas dari negeri tersebut bagi tujuan pelaksanaan di peringkat Persekutuan," katanya.
Ramkarpal berkata, antara cabaran yang dihadapi dalam menggubal akta itu ialah sama ada ia bercanggah dengan akta sedia ada seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan sekiranya ada, bagaimana atau apa langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah itu.
"OSA merupakan satu akta yang mempunyai banyak kritikan, akta itu merangkumi isu-isu yang kerahsiaan iaitu kerajaan berhak merahsiakan beberapa perkara tertentu dan sama ada terdapat percanggahan antara akta ini dan OSA, ini semuanya perkara yang sedang kami perhalusi," katanya.
Beliau berkata, Akta Kebebasan Maklumat yang diluluskan kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Julai 2018, perlu dilaksanakan segera.
"Terdapat ramai berfikiran bahawa akta ini perlu dilaksana secepat mungkin oleh kerana ia merupakan satu akta penting melibatkan pemerolehan maklumat secara sah daripada kerajaan dan ini boleh menyumbang kepada fungsi kerajaan yang sihat.
"Sudah tentu terdapat had terhadap pemerolehan maklumat seperti maklumat peribadi, maklumat yang menyentuh keselamatan negara dan sebagainya," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

Kerajaan bercadang menubuhkan Suruhanjaya Maklumat yang akan mengawal selia dan memastikan pematuhan terhadap Akta Kebebasan Maklumat, kata Ramkarpal Singh. - Gambar BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Kerajaan cadang tubuh Suruhanjaya Maklumat
Suruhanjaya Maklumat bertindak sebagai badan pengawal bebas yang bertanggungjawab mengawal selia Akta Kebebasan Maklumat.