KUALA LUMPUR:Kerajaan perlu beri tumpuan kepada lokasi yang sepatutnya dibangunkan sebagai stesen projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
Jelas Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong, ini kerana penduduk di lokasi tersebut pastinya sudah menjangkakan pulangan bisnes daripada projek itu.
“Walaupun kita lihat pada awalnya, ada antara beberapa buah bandar di Malaysia yang telah diisytiharkan sebagai stesen HSR tersebut iaitu di Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh malah di Iskandar Puteri, Johor sampai menghubungkan kepada republik Singapura.
“Saya rasa mungkin orang kata pemilik tanah ataupun pemilik perniagaan yang terletak di kawasan ini mungkin berasa sedikit kecewa.
“Ini kerana, mereka sudah menjangkakan pada masa depan akan mendapat pulangan daripada bisnes yang akan rancak berlangsung di kawasan tersebut.
“Jadi, saya nampak mungkin sudah ada perancangan di kedua-dua belah pihak yang melibatkan business to business (urusan perniagaan ke perniagaan).
Tambahnya, kerajaan juga mungkin perlu memberikan tumpuan dalam membantu usahawan yang telah melakukan perancangan.
“Itu adalah salah satu perkara yang kita kena lihat, mungkin dalam masa satu tahun atau setengah tahun akan datang, mungkin projek ini akan dibangkitkan semula, kita tidak tahu.
“Bagaimanapun, pihak kerajaan harus memberikan pemantauan kepada beberapa lokasi yang telah dikenal pasti untuk pembangunan stesen tersebut,” jelas beliau ketika dihubungi Astro AWANI.
Selain itu, beliau berpendapat hubungan perniagaan antara Malaysia-Singapura kekal utuh meskipun projek HSR itu tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.
“Saya merasakan walaupun projek itu terbatal selepas penangguhan dipersetujui kedua-dua pihak, tetapi pada pendapat saya, ia tidak sama sekali menjejaskan hubungan kedua-dua negara.
“Pertama sekali, kita kena faham bahawa perniagaan kedua-dua hala adalah kebanyakannya orang bisnes bersama orang bisnes.
“Tambahan, projek ini walaupun telah dibincangkan sejak empat tahun yang lalu, pada 2016 tetapi tidak memberi impak yang amat langsung kepada para peniaga khususnya kepada syarikat gergasi ataupun syarikat sederhana besar.
“Jadi saya rasa di peringkat perniagaan ke perniagaan, saya tidak menampakkan impak yang amat ketara sekali,” ujarnya lagi.
Faris Danial Razi
Fri Jan 01 2021
![Kerajaan digesa beri tumpuan pada lokasi stesen HSR susulan pembatalan projek Kerajaan digesa beri tumpuan pada lokasi stesen HSR susulan pembatalan projek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609491090_HSRKualaLumpurSi.jpg)
Kerajaan perlu beri tumpuan kepada lokasi yang sepatutnya dibangunkan sebagai stesen projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, kata Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong. -Gambar fail
![Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739960155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
![Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739955253_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.
![KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739959779_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
![Kerajaan PN mahu pilih vendor projek HSR secara langsung tanpa penglibatan Singapura - Najib Kerajaan PN mahu pilih vendor projek HSR secara langsung tanpa penglibatan Singapura - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/81521294378_NajibTunRazak.jpg)
Kerajaan PN mahu pilih vendor projek HSR secara langsung tanpa penglibatan Singapura - Najib
Perikatan Nasional (PN) mahu kemampuan memilih secara langsung vendor untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) tanpa sebarang penglibatan Singapura, kata Datuk Seri Naji
![HSR terbatal: Singapura tidak dapat terima keengganan Malaysia kekalkan AssetsCo - Menteri HSR terbatal: Singapura tidak dapat terima keengganan Malaysia kekalkan AssetsCo - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61609753738_train.jpg)
HSR terbatal: Singapura tidak dapat terima keengganan Malaysia kekalkan AssetsCo - Menteri
Singapura tidak dapat menerima cadangan Malaysia untuk tidak mengekalkan AssetsCo sebagai pembekal sistem projek HSR.
![Kerajaan digesa beri tumpuan pada lokasi stesen HSR susulan pembatalan projek Kerajaan digesa beri tumpuan pada lokasi stesen HSR susulan pembatalan projek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609491090_HSRKualaLumpurSi.jpg)
Kerajaan digesa beri tumpuan pada lokasi stesen HSR susulan pembatalan projek
Ini kerana penduduk di lokasi tersebut pastinya sudah menjangkakan pulangan bisnes daripada projek itu.