Kerajaan digesa mewujudkan hab untuk industri teknologi maklumat (IT) dan digital Bumiputera bagi mengurangkan kebergantungan dan monopoli pihak tertentu dalam perniagaan jualan barangan telekomunikasi.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar berkata sudah tiba masanya kerajaan mengambil inisiatif mewujudkan usahawan IT dan telekomunikasi secara lebih bersungguh-sungguh dalam usaha Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.
Beliau berkata Bumiputera seharusnya sudah mampu menempatkan diri sebaris dengan bangsa lain dalam perniagaan berkenaan namun malangnya Bumiputera masih lagi ditakuk lama yang hanya menjadi pembeli dan bukannya peniaga.
"Sejujurnya, dengan adanya pelbagai agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga kepentingan Bumiputera seperti MARA (Majlis Amanah Rakyat) dan UDA (Lembaga Kemajuan Bandar), sepatutnya ramai usahawan Bumiputera dalam bidang ini telah kita lahirkan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya publisiti besar-besaran perlu diberikan secara berterusan terhadap hab itu sekiranya diwujudkan bagi memastikan ia tidak 'mati' dan tidak hanya 'hangat-hangat tahi ayam'.
Dalam pada itu, Jamawi berkata cadangan penubuhan hab itu akan diangkat kepada pihak MARA untuk dipertimbangkan supaya beberapa premis bersesuaian milik agensi ini turut dapat diguna pakai bagi tujuan berkenaan.
"Pemuda UMNO juga bercadang untuk mengadakan satu sesi perjumpaan dengan semua pengusaha Bumiputera dalam industri tersebut bagi mendapatkan input yang berguna serta bertukar-tukar pandangan serta berkongsi permasalahan bagi memastikan cadangan mewujudkan hub IT dan digital milik bumiputera dapat direalisasikan dan seterusnya memecahkan monopoli perniagaan ini," katanya.
Bernama
Wed Jul 22 2015
Bumiputera seharusnya sudah mampu menempatkan diri sebaris dengan bangsa lain dalam perniagaan berteraskan teknologi maklumat. - Gambar fail
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.