KUALA LUMPUR: Campur tangan kerajaan mungkin diperlukan untuk mengurangkan tekanan kos terhadap industri pembangunan hartanah bagi memastikan harga rumah kekal stabil, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).
Pengerusinya Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip berkata kenaikan kos bahan binaan, buruh dan langkah-langkah berhenti kerja yang tidak dirancang akibat COVID-19 pada tahun lepas telah menjejaskan projek perancangan aliran tunai pada tahun 2021.
"Peningkatan kos material secara langsung memberi kesan kepada kos menjalankan perniagaan. Ini telah mengakibatkan kenaikan sebanyak 13 peratus hingga 20 peratus dalam kos pembinaan. Sebagai contoh, harga keluli lembut telah meningkat sebanyak 41 peratus dan pasir sehingga 20 peratus sejak Oktober 2020.
"Faktor-faktor ini telah memberi kesan kepada kos pembinaan," katanya ketika berucap pada persidangan 'CEO Series 2022 - Annual Property Developers' anjuran REDHA, hari ini.
Ng berkata pembangunan hartanah sudah pun terkesan dalam situasi kenaikan harga dan peningkatan kos sehingga ia tidak dapat diserap oleh pasaran.
"Pasaran tidak aktif menentukan tiada ruang lagi untuk kenaikan harga sementara margin sudah dihimpit dan ia berlanjutan untuk terhakis.
Pembiayaan lebih tinggi untuk golongan muda Malaysia yang mungkin tidak dapat menyimpan wang yang secukupmnya untuk bayaran pendahuluan akan membantu mereka mengakses pasaran perumahan, katanya.
Pilihan lain adalah untuk menurunkan kos pemerolehan awal dengan terus menggunakan Akaun Dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membayar bayaran pendahuluan.
"Bagaimanapun, perlu diambil perhatian bagi rumah baharu di pasaran primer, ia mungkin memerlukan peruntukan tambahan dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) standard. Cara lain untuk mengurangkan kos pemerolehan awal termasuk pengecualian duti setem untuk SPA, pemindahan dan instrumen berkaitan pinjaman.
Ng berkata program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) harus perkukuh dan diperluaskan untuk mendorong permintaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Kenaikan kos bahan binaan, buruh dan langkah-langkah berhenti kerja yang tidak dirancang akibat COVID-19 pada tahun lepas telah menjejaskan projek perancangan aliran tunai pada tahun 2021. - Gambar hiasan
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
JKKP dalam peringkat akhir wajibkan Garis Panduan OSH di Industri Pembinaan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) dalam peringkat akhir kajian bagi mewajibkan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Industri Pembinaan (Pengurusan)2017