Kerajaan Filipina sedang meneliti tindakan membakar bendera Malaysia di republik itu yang tular di media sosial.
Kedutaan Filipina di Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak berkuasa negara itu sedang menangani tindakan itu sewajarnya.
"Kedutaan tidak akan membiarkan insiden ini berlaku dan kami amat kecewa apabila kejadian ini telah mengecewakan rakyat Malaysia.
"Kedutaan turut menegaskan bahawa kami komited dalam membangunkan hubungan dua negara yang baik antara Filipina dan malaysia," memetik kenyataan itu.
BACA: Bakar Jalur Gemilang: Malaysia kutuk tindakan Elly Pamatong, desak Filipina bertindak
Menurut kenyataan itu, kejadian membakar bendera tersebut dilakukan oleh individu persendirian yang telah melakukan pelbagai tindakan kontroversi pada masa lalu dan tindakan itu tidak mewakili kerajaan Filipina.
Dalam kedua-dua video yang berdurasi 19 minit 50 saat dan tiga minit 18 saat itu, Elly Pamatong yang mendakwa dirinya sebagai pengasas United States Allied Freedom Fighters of the East (USAFFE), mengeluarkan kenyataan-kenyataan anti Malaysia sebelum bertindak membakar bendera Malaysia.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Feb 08 2019
Kedutaan Filipina di Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak berkuasa negara itu sedang menangani tindakan itu sewajarnya.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
PRN: Lelaki ditahan disyaki bakar bendera Pakatan Harapan
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membakar bendera Pakatan Harapan dan merosakkan gegantung di Taman Damai, Batu Arang, Gombak, pada Ahad.
PRU15: Bakar khemah parti politik, lelaki ditahan polis
Suspek disyaki dalam keadaan mabuk semasa tangkapan dilakukan keatasnya.
PRU15: Bakar bendera parti politik, seorang pemandu e-hailing ditahan
Tindakan seorang lelaki membakar bendera parti politik di Taman Universiti, Skudai, di sini membawa padah apabila dia ditahan polis tengah malam Selasa.
Kerajaan Filipina teliti tindakan bakar bendera Malaysia
Kerajaan Filipina sedang meneliti tindakan membakar bendera Malaysia di republik itu yang tular di media sosial.
Bakar bendera DAP: Ahli UMNO bertanggungjawab akan dikenakan tindakan - Ku Nan
Setiausaha Agung UMNO menyatakan ahli UMNO yang didapati terlibat dalam kes membakar bendera DAP akan diambil tindakan.