KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu memberi fokus kepada pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel terlebih dahulu sebelum merasionalisasikan subsidi melibatkan RON95, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
"Kita fokus kepada (penyasaran) subsidi diesel dahulu dan bila sudah stabil, kita boleh tengok apa lagi yang kita kena buat," katanya ketika ditanya mengenai tempoh pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 akan dilakukan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Sasana Bank Negara Malaysia di sini, pada Rabu.
Pada Ahad, Amir Hamzah mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam.
Ketika mengumumkan perkara itu, beliau berkata ia adalah harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Automatic Pricing Mechanism.
Penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar, ia dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024
Pada Ahad, Amir Hamzah mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter. - Gambar hiasan/Bernama
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Penyasaran subsidi diesel: MOF teliti cadangan, rayuan petani Cameron Highlands
Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pengusaha dan pekebun sayur di Cameron Highlands susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan
Siasatan pertama akan melibatkan sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan.
Subsidi diesel: Guna data pendaftaran kenderaan milik B40, M40 antara cadangan MCW
MCW turut cadang menggunakan MyKad atau ID kebangsaan untuk memastikan pemilik yang layak sahaja dapat membeli diesel bersubsidi.