KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini gagal dalam permohonan untuk melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa milik Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin yang menolak permohonan pendakwaan selaku pemohon untuk melucut hak barangan tersebut yang disita oleh polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018.
Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata, pemohon gagal membuktikan kesemua barangan yang disita itu adalah hasil daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim itu turut menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menggantung pelaksanaan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan difailkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Najib dan Rosmah merupakan pihak ketiga dalam permohonan itu.
Mana-mana pihak ketiga yang mendakwa mempunyai kepentingan ke atas barangan yang dirampas boleh hadir di mahkamah untuk mengemukakan alasan mengapa barangan itu tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.
Pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings untuk melucut hak barangan tersebut dan wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 yang didakwa milik UMNO dan Najib.
Bagaimanapun kerajaan gagal melucut hak wang itu.
Barangan tersebut didakwa hasil aktiviti haram yang dikaitkan dengan skandal dana 1MDB, disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Barangan kemas dan beg tangan didakwa milik Rosmah manakala jam tangan milik Najib.
Dalam keputusannya, Hakim Muhammad Jamil berkata pegawai penyiasat pengubahan wang haram Supt Foo Wei Min gagal membuktikan bahawa jam tangan yang disita itu hasil daripada pecah amanah atau harta curi.
"Perlakuan kesalahan predikat (aktiviti haram) tidak dibuktikan, maka tidak timbul isu bahawa jam tangan yang disita diperoleh berkaitan dengan perlakuan kesalahan predikat atau menggunakan penyelewengan dana 1MDB," katanya.
Muhammad Jamil berkata wang berjumlah US$247,599,466 telah dibayar oleh Blackstone Asia Real Estate Partners dan beberapa pihak lain kepada 31 syarikat pengeluar dan penjual barangan kemas untuk pembelian barang kemas.
"Perlakuan kesalahan predikat tidak dibuktikan, maka tidak timbul isu bahawa barang kemas yang disita berkaitan dengan perlakuan kesalahan predikat," katanya.
Bagi 29 beg tangan pula, Muhammad Jamil berkata Supt Foo menyatakan ia telah diterima sebagai hadiah, namun tidak mempunyai keterangan yang kukuh untuk pembuktian.
Sehubungan itu, hakim berkata pemohon (pendakwaan) gagal membuktikan permohonannya untuk melucut hak harta yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram dengan menyeleweng dana 1MDB.
"Atas imbangan kebarangkalian, pemohon gagal membuktikan bahawa harta yang disita adalah keterangan yang berhubung dengan perlakuan aktiviti haram. Permohonan pemohon untuk melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 unit jam tangan ditolak," katanya.
Selepas Muhammad Jamil menyampaikan keputusan, Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin memohon untuk menggantung keputusan itu mengikut Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah.
"Kami akan mendapatkan arahan lanjut sama ada untuk merayu atau tidak keputusan hari ini, sebab itu kami mohon untuk menangguhkan keputusan sehingga rayuan difailkan. Pihak pendakwaan akan membuat permohonan secara bertulis.
"Kesan daripada keputusan hari ini barangan yang disita perlu dipulangkan, jadi sekiranya keputusan hari ini tidak digantung, rayuan pihak pendakwaan akan menjadi sia-sia," katanya.
Bagaimanapun peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah tidak terpakai dalam perkara itu untuk saman pelucuthakan sebaliknya ia terpakai dalam prosiding jenayah.
"Oleh itu saya memohon Yang Arif menolak permohonan pihak pendakwaan. Rakan saya telah menyatakan bahawa mereka mengemukakan permohonan untuk Peguam Negara mempertimbangkan sama ada untuk merayu atau tidak. Jadi berdasarkan ketidakpastian, tidak boleh ada perintah untuk penangguhan pelaksanaan," katanya.
Hakim Muhammad Jamil kemudian menolak permohonan pendakwaan untuk menggantung keputusan itu kerana beliau telah memutuskan bahawa harta yang disita bukan diperoleh berkaitan dengan aktiviti haram.
- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022

Kerajaan gagal dalam permohonan untuk melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang didakwa milik Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Gambar fail

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.
![[KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan [KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-03/41741733462_KakitanganPlazaTol.jpg)
[KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan
Setakat Mei tahun lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan SPT.
Serangan Pemisah: Militan serang kereta api di Pakistan, tawan 35 penumpang
Militan pemisah menyerang sebuah kereta api di barat daya Pakistan dan menawan 35 penumpang sebagai tebusan.

Kumpulan militan serang kereta api di Pakistan, tawan 35 penumpang
104 penumpang telah diselamatkan, 17 yang cedera dibawa ke hospital, manakala 16 militan berjaya dibunuh.
Konflik di Gaza: Israel bunuh 4 rakyat Palestin di Gaza
Empat rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Selasa. Serangan ini berlaku ketika para perantara Arab dan Amerika Syarikat berusaha menyelesaikan perbezaan antara Hamas dan Israel mengenai perjanjian gencatan senjata yang dimeterai sejak 19 Januari lalu. Tentera Israel menyatakan bahawa serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.
Rusia-Ukraine: Trump sedia bincang dengan Putin, mahu gencatan senjata dimuktamad
Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa pasukannya dan pegawai Ukraine telah mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata selama 30 hari antara Moscow dan Kyiv. Trump berharap Presiden Rusia, Vladimir Putin, akan bersetuju dengan cadangan ini.
Rusia-Ukraine: AS sambung bantuan ketenteraan Ukraine, cadang gencatan senjata
Amerika Syarikat bersetuju untuk menyambung bantuan ketenteraan dan perkongsian risikan dengan Ukraine selepas perbincangan di mana Kyiv bersetuju dengan cadangan gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik dengan Rusia. Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berkata AS akan membawa tawaran ini kepada Rusia dan berharap ia akan diterima secepat mungkin untuk memulakan rundingan sebenar.
Perang dadah: Filipina hantar bekas Presiden ke ICC
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, telah ditangkap dan dihantar ke The Hague untuk menghadapi tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan dengan "perang dadah" yang mendefinisikan kepresidenannya. Penangkapan ini menandakan langkah besar dalam siasatan ICC terhadap dakwaan jenayah semasa tindakan keras anti-dadah yang membunuh ribuan orang.
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor, menyatakan bahawa ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, telah membuat laporan polis setelah menerima pautan video TikTok melalui WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor, menyatakan bahawa ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, telah membuat laporan polis setelah menerima pautan video TikTok melalui WhatsApp.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.