KUALA LUMPUR: Kerajaan menggesa kepada lebih banyak penglibatan dan sumbangan daripada golongan belia dalam membentuk masa depan Malaysia dengan memberi penekanan kepada inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata berdasarkan golongan belia adalah pemimpin masa depan negara, mereka perlu bersuara dalam pembangunan inisiatif kemampanan dan menjadi sebahagian daripada agenda hijau untuk memberi impak positif kepada masa depan Malaysia.
"Dengan semangat, sokongan dan keupayaan mereka untuk inovasi, golongan belia mempunyai kuasa untuk mengubah cabaran iklim menjadi batu loncatan ke arah masa depan yang lebih berdaya tahan.
"Komitmen mereka yang berterusan akan memacu penyelesaian transformatif yang diperlukan untuk mendepani arus perubahan," katanya dalam ucaptama pada Forum Kemampanan Belia 2023, di sini semalam.
Hanifah berkata kementeriannya selaku penyelaras induk pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Malaysia memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan kepada semua pihak terutamanya berkaitan polisi melibatkan SDG.
"Dalam masa terdekat ini, Kementerian Ekonomi dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan badan bukan kerajaan akan melaksanakan pelbagai program kesedaran bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia memahami istilah pembangunan mampan dan diterjemahkan dalam aktiviti harian," katanya kepada pemberita selepas forum tersebut.
Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata menerima kemampanan bukan lagi satu pilihan tetapi satu kemestian dan syarikat perlu mematuhi Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2021.
"Syarikat yang mengabaikan kemampanan atau pertimbangan ESG dalam strategi dan operasi perniagaan tidak akan mampan dan tidak mendapat pembiayaan ekuiti dan hutang untuk membiayai projek mereka," katanya dalam ucapan bertajuk "Sustainability and Pathways to Net Zero: A Corporate Leaders Perspective".
Beliau berkata syarikat yang tidak mematuhi pematuhan ESG akan menghadapi kesukaran untuk mengambil tenaga kerja yang diperlukan untuk memacu perniagaan mereka.
"Mereka juga tidak akan dapat menjual produk mereka atau menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global berikutan pelanggan menjadi lebih bijak dalam membeli hanya produk mampan pada masa depan," katanya.
Beliau berkata Bursa Malaysia telah melancarkan Bursa Carbon Exchange (BCX) pada Disember 2022 untuk membolehkan syarikat memperdagangkan kredit karbon sukarela daripada projek mesra iklim dan penyelesaiannya dengan tujuan untuk mengimbangi jejak pelepasan dan mencapai matlamat iklim.
"BCX adalah bursa karbon patuh Syariah pertama di dunia dan memenuhi kedua-dua prinsip Syariah dan ESG," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Hanifah berkata Kementerian Ekonomi memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan kepada semua pihak terutamanya berkaitan polisi melibatkan SDG. - Gambar fail/Facebook Hanifah Hajar Taib

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.

Perniagaan Malaysia digesa utamakan pematuhan ESG untuk bersaing di pasaran AS
Perniagaan Malaysia mesti menyesuaikan piawaian pematuhan kawal selia ESG Amerika Syarikat (AS) untuk kekal berdaya saing di negara itu yang merupakan salah satu pasaran terbesar dunia.

SIRIM ESG Holistic Ecosystem percepat amalan ESG dalam industri
Ia berfungsi sebagai penyelesaian penting dalam meletakkan Malaysia selaku peneraju dalam amalan yang lestari dan bertanggungjawab.

ESG jamin pembangunan Selangor tidak korban alam sekitar, kesejahteraan rakyat
Di Selangor, pelaksanaan ESG telah mula dijadikan keutamaan dalam setiap perancangan pembangunan.

Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).

Suara anak muda terhadap ESG penting capai masa depan lestari
Suara anak muda terhadap inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) penting bagi mencapai masa depan lestari, selamat serta bumi yang sihat untuk diduduki oleh generasi akan datang.

KWAP peruntuk RM20 bilion untuk peralihan aset
KWAP mengukuhkan komitmennya terhadap pelaburan mampan dengan meningkatkan tumpuannya terhadap aset peralihan menerusi peruntukan RM20 bilion.

UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’
Aspek utama kerjasama itu adalah berkisarkan kepada memperkasakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.

PM Anwar umum sumbangan RM 1 juta kepada NCCIM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada NCCIM atas sokongan kepada usaha kerajaan menggalakkan pelaburan domestik dan antarabangsa.

FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang
FGV Holdings Bhd (FGV) melancarkan Rangka Kerja Kelestarian terbaharu yang diperkasa, sekali gus mengorak langkah ke arah komitmen berterusan FGV terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus.