MELAKA: Kementerian Pendidikan memberi jaminan murid Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney di negara ini tidak akan terpinggir daripada mendapat mana-mana akses pendidikan terbaik hanya kerana mereka berada di sekolah berkenaan.
Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata jaminan itu termasuk mendapat semua bentuk kemudahan dan kaedah pembelajaran mengikut tahap pendidikan dan jenis peperiksaan yang akan diduduki murid terbabit.
"Jaminan di sini maksudnya semua murid di lapan Sekolah Intergriti dan tiga Sekolah Henry Gurney di negara ini tidak akan dipinggirkan dengan mereka akan menerima pendidikan yang sama seperti murid di sekolah lain.
"Kita beri jaminan ini kerana mereka masuk ke sini dengan umur yang masih di bangku persekolahan dan pendidikan tetap menjadi keutamaan," katanya kepada media selepas merasmikan Program Hijrah Kasih ke-14 di Sekolah Henry Gurney Telok Mas di sini pada Khamis.
Beliau berkata antara jaminan akses pendidikan yang akan diperoleh murid berkenaan ialah mereka akan menduduki saringan literasi dan numerasi, mengikuti program khusus untuk meningkatkan literasi dan numerasi dan ditempatkan dalam satu daripada lima kluster iaitu akademi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), agama, seni dan budaya serta sukan.
Pelajar juga menurutnya, dijamin mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.
Dalam pada itu, Fadhlina berkata keutamaan dalam pendidikan di Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney terbukti apabila sebanyak 86 calon telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2022 dengan lima calon berjaya mendapat keputusan 5A dan ke atas, manakala kelulusan calon di semua sekolah berkenaan ialah 100 peratus.
Sementara itu, beliau mengakui wujudnya kekangan dari segi jumlah tenaga pengajar di sekolah-sekolah berkenaan, namun memberi jaminan kementerian telah mengambil maklum dan akan menambahnya dari semasa ke semasa.
"Proses itu (pertambahan guru) berlaku sepanjang tahun dan setakat ini, kita mempunyai 83 guru di 11 sekolah berkenaan, kita komited untuk mengangkat martabat murid ini menerusi pendidikan tanpa mengira latar belakang atau status," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
![Kerajaan jamin tiada murid Sekolah Henry Gurney, intergriti terpinggir Kerajaan jamin tiada murid Sekolah Henry Gurney, intergriti terpinggir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711035149_FadhlinaSidek.jpg)
Fadhlina meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar-pelajar semasa hadir pada majlis Perasmian Program Hijrah Kasih di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas. - Foto BERNAMA
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
Minyak sawit: CPOPC ramal pertumbuhan sederhana dalam pengeluaran
Walaupun pengeluaran Indonesia dijangka pulih, faktor seperti hasil yang tidak stabil dan menurun, peningkatan bilangan pokok kelapa sawit tua dan tidak produktif, dan kadar penanaman semula yang rendah berkemungkinan menghasilkan pertumbuhan kecil dalam pengeluaran minyak sawit.
Kem. Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli tahun ini – Rafizi
Rafizi berkata ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.
![Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435910_GasexplosioninTa.jpg)
Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera
Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.
![Pemuda dituduh sebabkan kematian rakan pelatih Sekolah Henry Gurney Pemuda dituduh sebabkan kematian rakan pelatih Sekolah Henry Gurney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41614855648_SekolahHenryGurne.jpg)
Pemuda dituduh sebabkan kematian rakan pelatih Sekolah Henry Gurney
Muhammad Daniel Akmal, 21, dituduh menyebabkan kematian Che Ku Rizal Faqimi Che Ku Ridzuan, 19, di sekolah berkenaan pada 28 Januari 2020.
![SPM 2023: Empat calon dari Sekolah Integriti, Sekolah Henry Gurney peroleh semua 'A' SPM 2023: Empat calon dari Sekolah Integriti, Sekolah Henry Gurney peroleh semua 'A'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41614855648_SekolahHenryGurne.jpg)
SPM 2023: Empat calon dari Sekolah Integriti, Sekolah Henry Gurney peroleh semua 'A'
Hafidz Osman berkata daripada jumlah itu, tiga calon mendapat lapan A dan seorang mendapat enam A.
![Aidilfitri: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara pada raya ketiga, keempat Aidilfitri: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara pada raya ketiga, keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712128360_TBPENJARAKAJANG.jpg)
Aidilfitri: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara pada raya ketiga, keempat
Keluarga penghuni penjara dibenar membuat lawatan sempena Aidilfitri tahun ini pada raya ketiga dan keempat.
![Kerajaan jamin tiada murid Sekolah Henry Gurney, intergriti terpinggir Kerajaan jamin tiada murid Sekolah Henry Gurney, intergriti terpinggir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711035149_FadhlinaSidek.jpg)
Kerajaan jamin tiada murid Sekolah Henry Gurney, intergriti terpinggir
Kementerian Pendidikan memberi jaminan murid Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney di negara ini tidak akan terpinggir daripada mendapat mana-mana akses pendidikan terbaik.
![Lakukan amang seksual, pemuda diperintah ke Sekolah Henry Gurney Lakukan amang seksual, pemuda diperintah ke Sekolah Henry Gurney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Lakukan amang seksual, pemuda diperintah ke Sekolah Henry Gurney
Mahkamah memerintahkan seorang pemuda dihantar ke Sekolah Henry Gurney kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
![Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas 27 dan 28 Dis Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas 27 dan 28 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/51584509534_Penjaramalaysia.jpg)
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas 27 dan 28 Dis
Keluarga kepada semua penghuni di bawah institusi Jabatan Penjara dibenarmembuat lawatan sempena perayaan Krismas pada 27 dan 28 Dis ini.
![Rogol adik kandung: Abang mangsa dihantar ke Sekolah Henry Gurney Rogol adik kandung: Abang mangsa dihantar ke Sekolah Henry Gurney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-04/71459595555_Raped.jpg)
Rogol adik kandung: Abang mangsa dihantar ke Sekolah Henry Gurney
Majistret, Norshazwani Ishak membuat keputusan itu selepas meneliti laporan sosial remaja terbabit yang dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
![Jabatan Penjara benarkan lawatan keluarga sempena Deepavali Jabatan Penjara benarkan lawatan keluarga sempena Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635429087_TBDEEPAVALIjpg.jpg)
Jabatan Penjara benarkan lawatan keluarga sempena Deepavali
Selain kaedah perjumpaan secara bersemuka, keluarga penghuni penjara juga boleh melakukan lawatan secara dalam talian.
![Kisah Izzad Daniel: Dari Henry Gurney impi kerjaya di langit biru Kisah Izzad Daniel: Dari Henry Gurney impi kerjaya di langit biru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619780545_HenryGurneyimpike.jpg)
Kisah Izzad Daniel: Dari Henry Gurney impi kerjaya di langit biru
Setiap orang berhak memiliki peluang kedua, atau seterusnya. Begitulah Muhammad Izzad Daniel Abdullah, alumni Sekolah Henry Gurney yang kini sedang mengejar impiannya menjadi manusia berjaya.
![PKPD di tiga lokaliti di Melaka, Perak dilanjutkan - Ismail Sabri PKPD di tiga lokaliti di Melaka, Perak dilanjutkan - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41614855648_SekolahHenryGurne.jpg)
PKPD di tiga lokaliti di Melaka, Perak dilanjutkan - Ismail Sabri
PKPD di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka yang dijadualkan tamat pada 2 April dilanjutkan sehingga 16 April 2021.