Pakatan Harapan (PH) mengulangi kesediaan untuk mengetepikan perbezaan politik dan menyokong sepenuhnya sebarang langkah kewangan yang dapat mengurangkan beban rakyat dengan menggandakan suntikan dana RM45 bilion sedia ada, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Beliau berkata, sekiranya perkara itu tidak dilakukan, ia boleh menyebabkan lebih ramai rakyat kehilangan pekerjaan, perniagaan gulung tikar dalam jangka masa satu tahun selain menyebabkan kesusahan yang tidak terjangka kepada rakyat.
"Apabila semua itu terjadi, sudah terlambat jika kerajaan mahu memberikan suntikan dana tambahan sebanyak RM45 bilion kerana nasi sudah menjadi bubur, bantuan sampai terlalu sedikit dan terlalu lambat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Bekas Menteri Kewangan itu berkata, lebih 41 peratus pengilang Malaysia mengakui perniagaan mereka akan dapat bertahan dalam tempoh satu tahun sahaja akibat kerugian kerana pandemik COVID-19.
Katanya, dapatan itu diperoleh hasil tinjauan yang dibuat oleh Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
"Apa yang menarik adalah daripada tinjauan FMM pada bulan Julai adalah, mereka mengatakan bahawa mereka dapat bertahan selama 12 bulan kerana pakej rangsangan kerajaan, subsidi gaji dan moratorium bank.
"Jelas bahawa tambahan RM45 bilion diperlukan kepada suntikan dana RM45 bilion yang sedia ada (jumlah RM90 bilion) untuk menyelamatkan bukan sahaja pekerjaan rakyat Malaysia, PKS tetapi juga pengilang.
"Sektor perkilangan adalah komponen utama ekonomi Malaysia, menyumbang 21 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan lebih daripada 80 peratus jumlah eksport pada tahun 2019," katanya lagi.
Beliau juga berkata, suntikan dana tambahan RM45 bilion, moratorium pinjaman bank, diskaun tenaga elektrik dan subsidi upah sangat penting ekoran ramalan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa ekonomi global akan menguncup sebanyak 4.9 peratus tahun ini.
Kata Guan Eng, suntikan dana tambahan RM45 bilion itu juga penting kepada perniagaan tempatan untuk bertahan dan mencegah jumlah pengangguran melebihi satu juta orang.
"Kerajaan Persekutuan tidak patut kedekut untuk menyuntik tambahan RM45 bilion, apabila terdapat kecairan yang mencukupi di pasaran hutang domestik sebanyak RM1.6 trilion untuk menampung pinjaman tersebut," katanya.
Beliau berkata, jumlah suntikan dana berjumlah RM90 bilion dengan tambahan RM45 bilion bukanlah terlalu besar, berbanding dengan pakej rangsangan Singapura yang berjumlah $108 bilion Singapura.
Sebelum ini kerajaan melaksanakan suntikan fiskal langsung berjumlah RM45 bilion bagi membiayai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang secara keseluruhannya bernilai RM295 bilion.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata jumlah itu turut merangkumi suntikan fiskal langsung berjumlah RM10 bilion daripada nilai keseluruhan PENJANA bernilai RM35 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Astro Awani
Thu Aug 20 2020

Guan Eng berkata, lebih 41 peratus pengilang Malaysia mengakui perniagaan mereka akan dapat bertahan dalam temoh satu tahun sahaja akibat kerugian kerana pandemik COVID-19. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.

Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.

PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.

Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy
Perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan.