JEMPOL: Kerajaan menjangkakan gaji permulaan bagi siswazah yang memasuki pasaran pekerjaan akan lebih tinggi menjelang pertengahan tahun ini berikutan ekonomi dilihat semakin pulih dalam tiga ke empat bulan akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun mengakui gaji diterima lulusan universiti tahun lepas jauh lebih rendah susulan penularan pandemik COVID-19 sehingga memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi negara dan global.
"Tahun lepas kita mengalami kemelesetan ekonomi paling teruk dalam sejarah dalam beberapa suku, jadi permintaan (peluang kerja) itu rendah dan sudah pasti para siswazah sanggup untuk menerima gaji lebih rendah daripada biasa.
"Kita nak rakyat Malaysia menikmati upah gaji yang lebih tinggi, menjadi satu masalah apabila gaji permulaan siswazah tidak meningkat dah 10 ke 20 tahun," katanya kepada pemberita selepas melawat projek tanaman halia muda di Felda Raja Muda Alias 1 di sini, hari ini.
Justeru, katanya, menjadi hasrat kerajaan untuk mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang lebih berkualiti sekali gus para siswazah yang baru mula bekerja akan menikmati gaji yang lebih tinggi.
Dua hari lepas, portal tempatan melaporkan Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata majoriti siswazah memasuki pasaran pekerjaan tahun lepas menerima anggaran gaji bulanan antara RM1,001 hingga RM1,500 berbanding purata RM2,001 hingga RM2,500 yang direkodkan pada tahun 2019.
Mohd Uzir berkata jumlah lulusan universiti yang memasuki alam pekerjaan tahun lepas juga merosot, begitu juga kadar penyertaan tenaga buruh dalam kalangan siswazah muda.
Sementara itu, Mustapa berkata sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan bagi projek penanaman halia muda di wilayah Felda Raja Alias, daripada RM100 juta yang diperuntukkan kerajaan melalui Program Pembangunan Peneroka (PPP) kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tahun ini.
Projek yang mendapat kerjasama Agrobank itu bertujuan meningkatkan pendapatan warga peneroka sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import halia muda dari negara luar termasuk China.
"Kita import halia muda bernilai RM200 juta setahun dari negara luar.. jadi selari dengan hasrat kerajaan untuk kurangkan import dan tambah jaminan bekalan makanan, kami galakkan petani untuk hasilkan tanaman halia yang mempunyai potensi cukup baik dalam pasaran," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini sebanyak 132 projek telah diluluskan Felda melalui PPP dengan 63 projek diusahakan individu manakala 69 lagi oleh koperasi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 03 2021

Menjadi hasrat kerajaan mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang lebih berkualiti sekali gus para siswazah yang baru mula bekerja akan menikmati gaji yang lebih tinggi.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.

Perlombongan, perkuarian catat purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623 pada 2023
Laporan Survei Gaji dan Upah 2023 menunjukkan perkembangan positif dalam bilangan penerima dan tahap gaji dan upah.

Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM
Jurang purata gaji dan upah antara negeri masih melebar apabila Putrajaya merekodkan purata RM4,858 manakala Kedah mencatatkan purata RM2,859.

Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

Haaland bakal dapat lanjutan kontrak, gaji RM4 juta seminggu
Erling Haaland dilaporkan hampir untuk menandatangani lanjutan kontrak yang lumayan bersama Manchester City.

Kos tinggi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif boleh diimbangi dengan bon kemahiran - Ahli Parlimen Belia
Majikan perlu berunding dengan pekerja untuk memastikan kos pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) memberikan imbalan yang munasabah kepada syarikat.

Bruno Fernandes mahu naik gaji RM2.19 juta seminggu
Fernandes dikatakan bakal meninggalkan United walaupun pada musim lalu dia menjadi salah seorang pemain terbaik pasukan itu.

Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.

Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.

Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.