PUTRAJAYA: Kerajaan sedang menjalankan kajian sewajarnya bagi memperluas skop perlindungan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) untuk menangani isu berkaitan eksploitasi seksual dalam talian terhadap golongan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia bertujuan memberi perlindungan lebih baik kepada mangsa tanpa mengira lokasi geografi pelaku.
"Jenayah eksploitasi seksual dalam talian terhadap kanak-kanak merupakan satu isu yang merentasi sempadan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata seksyen itu memperuntuk mana-mana warganegara yang melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak di luar negara boleh dianggap sebagai melakukan perbuatan tersebut di Malaysia dan tindakan boleh diambil terhadap rakyat Malaysia yang melakukan kesalahan sedemikian di luar negara.
Azalina berkata di bawah Akta 792, kesalahan berkaitan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dalam talian melibatkan enam kategori dan hukuman dengan tempoh pemenjaraaan lima hingga 30 tahun serta sebatan.
Beliau berkata akta itu turut memperuntuk kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dalam talian yang lain termasuk pengantunan kanak-kanak, berkomunikasi secara seksual dengan golongan tersebut dan menyebabkan mereka memerhati atau mendengar bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.
Azalina juga berkata pada 2023, dua pindaan baharu telah diluluskan untuk memerangi jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam talian iaitu Seksyen 15A yang memperuntuk kesalahan berkaitan persembahan seksual oleh kanak-kanak manakala Seksyen 15B adalah berkaitan pemerasan seksual kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024

"Jenayah eksploitasi seksual dalam talian terhadap kanak-kanak merupakan satu isu yang merentasi sempadan," menurut Azlina. - Gambar fail/Astro AWANI

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.

Parlimen: Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.4 bilion
Dewan Rakyat dimaklumkan jumlah kerugian akibat penipuan dalam talian mencecah RM2.65 bilion sejak 2022 hingga Jun tahun ini.

Mary Lim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Protem Penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC
Mary Lim Thiam Suan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Protem bagi penubuhan Mahkamah Timbang Tara, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia.

Format baharu pengisytiharan harta dikuatkuasakan dalam masa terdekat
Pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dan ahli Parlimen yang dicadangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional akan dikuatkuasakan menggunakan format baharu.

RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak.

Pindaan kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 90 peratus siap - Azalina
Akta Perkhidmatan Parlimen antaranya akan memberi kuasa autonomi kepada pentadbiran dan kewangan Parlimen.

Malaysia tidak layan tuntutan remeh United Tausug Citizens ke atas Sabah - Azalina
Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah.

Kertas Pandora: Tiada pilih kasih, SPRM siasat semua nama yang tersenarai - Azalina
SPRM bertindak mengikut undang-undang, peraturan dan bebas menyiasat tanpa sebarang campur tangan atau pengaruh daripada pihak luar, tegas Azalina.

Kerajaan kaji perluas skop perlindungan Seksyen 3 Akta 792 - Azalina
Kerajaan sedang menjalankan kajian sewajarnya bagi memperluas skop perlindungan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina
Reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu proses yang panjang.