KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang melaksanakan sesi libat urus bagi menjayakan penggubalan lima dasar yang dibuat berdasarkan al-Quran dan sunah sebagai asas utama, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata lima dasar tersebut ialah Dasar Warga Emas Al-Mukarramun Kelantan, Semakan Dasar Wanita Kelantan (Semakan 2020), Dasar Pelaburan Negeri Kelantan, Dasar Kebersihan Negeri Kelantan dan Dasar Al-Qawwamah.
"Ketika ini sedang giat diadakan perbincangan, forum serta 'brainstorming' (sumbang saran) dalam kalangan mereka yang pakar dalam bidang-bidang yang hendak kita laksanakan (gubal)," katanya ringkas kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Amanat Khas Menteri Besar Sempena 31 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam kepada Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Pada majlis tersebut, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada rakyat Kelantan yang memberi mandat kepada parti itu memerintah negeri tersebut sejak 1990 dengan 'Dasar Membangun Bersama Islam'.
"Dasar Membangun Bersama Islam adalah bermatlamat untuk melahirkan sebuah masyarakat dan pentadbirannya yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya.
"Selain itu, dasar ini bertujuan menegakkan keadilan tanpa meminggirkan kemajuan di segenap bidang termasuk ekonomi, sosial, pendidikan serta menyuburkan perpaduan ke arah Negeri Kelantan maju dan sejahtera menuju keredaan Allah," katanya.
Ahmad turut melahirkan rasa terima kasih kepada penjawat awam apabila memberi sokongan serta kerjasama baik kepada kerajaan Kelantan dalam melaksanakan dasar-dasar yang telah dirancang.
"Bermula 1990, kerajaan negeri telah menggubal 15 dasar, dua gagasan, tiga pelan dan tiga polisi yang terangkum di bawah tiga tonggak utama iaitu Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan dan kini dilaksanakan di bawah Pelan Strategik Kelantan Melangkah Ke Hadapan 2016-2025," katanya.
Pada majlis tersebut, Ahmad turut melancarkan buku 'SUKSES: Merakyat Membangun Bersama Islam', fasa kesinambungan Dasar Membangun Bersama Islam yang diasaskan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meletakkan pentadbiran negeri berasaskan acuan Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021

Ahmad turut melahirkan rasa terima kasih kepada penjawat awam apabila memberi sokongan serta kerjasama baik kepada kerajaan Kelantan. - Foto Facebook/Datuk Ahmad Yakob

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
Harga ditawarkan itu adalah sangat rendah berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.

Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 akan dibentangkan Julai ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata empat negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.