KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan menafikan harimau berkeliaran di penempatan Orang Asli di Gua Musang sejak beberapa hari lepas berpunca daripada aktiviti pembalakan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkaitan untuk mengkaji dan melakukan penyiasatan tentang punca sebenar mamalia itu keluar daripada habitat asal.
Beliau berkata kejadian harimau memasuki kampung di negeri itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya sebelum ini sudah ada kes direkodkan seperti berlaku di daerah Jeli namun kejadian itu tidak 'dilabelkan' berpunca daripada pembalakan.
"Kejadian ini membabitkan satu kes, kalau banyak mungkin betul (disebabkan pembalakan) dan ia kes terpencil. Jangan sebab seorang mati diterkam harimau, kita letak semua kesalahan disebabkan penebangan hutan, kecuali ada tiga empat ekor harimau yang keluar masuk kampung dan makan orang, itu adalah serius.
"Mahu siasat dan mencari sebab berlaku itu bagus, tetapi jangan cepat buat kesimpulan seolahnya sebab pembalakan menyebabkan harimau itu keluar, bagi saya itu tidak betul," katanya kepada pemberita selepas hadir mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
BACA: Harimau belang muncul belakang rumah
Terdahulu, Mohd Amar diminta mengulas mengenai dakwaan Wakil Orang Asli Temiar, Nasir Dollah, 32, mengenai tiga ekor harimau yang berkeliaran di kampung-kampung di kawasan pentadbiran Pos Bihai berlaku disebabkan tindakan Kerajaan Kelantan yang telah meluluskan ribuan kawasan hutan untuk tujuan pembalakan dan sebagainya.
Media semalam melaporkan Nasir turut menyerahkan memorandum di Pejabat Perdana Menteri yang menggesa kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian untuk menghentikan segera kegiatan pembalakan yang didakwa menjadi punca ekosistem haiwan liar itu terganggu.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata harimau keluar dari kawasan habitat berkemungkinan disebabkan beberapa faktor lain termasuk usia mamalia itu sendiri yang sudah tua.
"Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ada memberitahu kadang-kadang apabila harimau sudah tua ia tidak mampu nak mengejar haiwan sebagai mangsa, jadi yang paling mudah adalah manusia sebab manusia lari pun tidak laju bukan seperti haiwan.
"Setakat ini Perhilitan sedang bergerak menjalankan tugas mereka dan mengesan hidupan liar itu. Mengikut maklumat diperolehi ada tiga ekor harimau telah masuk ke kampung, tetapi yang makan orang (kejadian di Pos Bihai) itu bukan daripada ketiga-tiga itu," katanya.
Katanya, setakat ini juga tiada aktiviti pemburuan haram terhadap Harimau Malaya di negeri ini memandangkan keselamatan hidupan liar itu khususnya di Kelantan masih terjaga selain undang-undang mengenai aktiviti juga sudah ada sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022

Mohd Amar berkata perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkaitan untuk mengkaji dan melakukan penyiasatan tentang punca sebenar mamalia itu keluar daripada habitat asal. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Tanah seluas 18,730 km persegi yang membentang di sepanjang sempadan Thailand dengan Myanmar kini mempunyai 143 ekor harimau.

Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.

Keputusan analisis ke atas harimau baham dua lelaki dijangka diketahui dua, tiga minggu lagi
Keputusan itu akan diperoleh setelah melalui beberapa proses pemeriksaan terhadap harimau tersebut, termasuk pengambilan sampel DNA dari najis haiwan.

Perhilitan masih siasat sama ada 'Pak Belang' ditangkap sebabkan kematian dua lelaki
Harimau yang ditangkap itu akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak untuk tindakan lanjut.

NRES laksana kajian cegah harimau keluar habitat asal
NRES akan menjalankan kajian menyeluruh untuk mencegah atau mengelak harimau keluar dari habitat asalnya seterusnya mendatangkan kemudaratan kepada manusia.

Seekor lagi harimau belang dilihat di Kampung Ulu Kuang, Ipoh - Perhilitan
Perhilitan Perak mengesahkan menerima aduan berhubung kehadiran seekor lagi harimau belang di sekitar Kampung Ulu Kuang, Chemor.

Perhilitan pasang perangkap selepas terima laporan kemunculan harimau
Perhilitan Perak mengesahkan telah menerima laporan mengenai kemunculan seekor harimau belang berkeliaran di Jalan Baling-Kuala Kangsar.

Perhilitan halau harimau belang di Kampung Kenering ke hutan
Tindakan telah diambil untuk menghalau harimau berkenaan supaya masuk semula ke habitatnya di Hutan Simpan Papulut.

Shabaini pernah jumpa kesan tapak kaki harimau - Penduduk
Mangsa yang dikenali sebagai Shabaini mendakwa menemukan jejak itu di belakang batu besar yang terdapat di ladang berkenaan.

Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang
Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar menyumpit berhampiran kawasan Kampung Sugi pada Selasa.