KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan menafikan sekeras kerasnya penyebaran maklumat palsu berhubung tekanan atau arahan supaya didahulukan suntikkan vaksin ke atas kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK) seperti yang tersebar dalam media sosial hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin dalam satu kenyataan memaklumkan sekeras-kerasnya bahawa penyebaran berkenaan bersifat fitnah, berniat jahar dan satu pembohongan.
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Izani berkata, program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 di Kelantan adalah punca kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kerajaan Kelantan tiada punca kuasa untuk buat pengarahan dan tekanan kepada pihak KKM dan Jabatan Kesihatan Kelantan," katanya.
Dr Izani berkata kerajaan negeri tidak mencampuri sebarang proses dalam menentukan senarai penerima vaksin COVID-19 di negeri itu sebaliknya ia dilakukan sendiri oleh JKNK.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas berhubung penyebaran paparan di media sosial antara lain meminta supaya mengetengahkan isu potong barisan bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 ke atas 200 kakitangan SUK.
Kenyataan itu juga menjelaskan pihak SUK akan memaklumkan senarai nama penerima akan diumumkan pada tarikh suntikan.
Keadaan ini menurut paparan itu akan menyebabkan doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang tersenarai awal terpaksa di tangguh disebabkan terpaksa diberi laluan kepada SUK.
Sementara itu, Pejabat Menteri Besar Kelantan memaklumkan hanya 21 individu termasuk Menteri Besar dan Exco kerajaan akan menerima suntikan vaksin pada 2 Mac, Selasa ini.
Isu berkenaan telah mendapat reaksi Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19, Khairy Jamaluddin yang meminta kes berkenaan disiasat dan melaporkan berhubung tindakan potong barisan terus kepada beliau.
BACA: Vaksin COVID-19: 'VVIP' masuk senarai, lapor terus kepada saya - Khairy
Vivi Sumanti
Sun Feb 28 2021

Dr Izani Husin berkata laporan yang tular di media sosial itu sehingga mendapat pelbagai reaksi serta kecaman daripada netizen adalah tidak benar dan berniat jahat. - Gambar fail/AP

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Nak tunjuk 'King' punya pasal, akhirnya King tersangkut lagi lama
Kereta Perodua Myvi ini apabila mendapat pengajaran paling bermakna dalam hidup apabila keretanya terjatuh dan tersangkut di tebing.

Lebih 100 kenderaan guna lorong kecemasan dalam tempoh empat jam
Kesalahan itu dikesan melalui pemantauan khas Tahun Baharu Cina 2023 yang dilaksanakan di Lebuhraya PLUS dari Johor Bahru ke Putrajaya.

Op Rentas Sempadan JPJ: 252 pengguna jalan raya dikesan potong barisan
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata kesalahan memotong barisan merupakan yang tertinggi direkodkan sepanjang operasi itu.

Tiada ruang 'potong barisan', 'guna kabel' tunai haji - Ahmad Marzuk
Tabung Haji (TH) mengutamakan jemaah yang menepati kriteria yang sudah disenaraikan.

Video tular: Polis tahan lelaki 'potong Q', pandu secara melulu dan berbahaya
Seorang lelaki ditahan setelah disyaki memandu secara melulu hingga boleh membahayakan pengguna lain sehingga tular menerusi rakaman sebuah video.

Op Selamat: 342 saman potong barisan, langgar lampu isyarat merah dikeluarkan
Kesalahan yang dilakukan itu adalah antara penyumbang terbesar kemalangan yang boleh mengundang maut.

JPJ saman 32 pemandu potong barisan di persimpangan lampu isyarat
Saman terbabit dikeluarkan dalam operasi Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) yang melaksanakan penguatkuasaan.

Tiada isu potong barisan pemberian vaksin COVID-19 kepada Eina Azman, suami
Pengarah HRPB Dr Abdul Malek Osman berkata mengikut semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan itu adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar.

Kertas siasatan dakwaan potong barisan suntikan COVID-19 selesai - Ketua Polis Kelantan
Kertas siasatan dakwaan berlaku cubaan untuk memotong barisan suntikan COVID-19 oleh kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan telah diserahkan kepada pendakwaraya.

Vaksin COVID-19: Polis sedang lengkapkan siasatan berhubung 'potong barisan'
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu.