KUALA TERENGGANU: Kerajaan setakat ini mengenal pasti empat negeri iaitu Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak yang berpotensi menjadi peneraju dalam industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di negara ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata ini berikutan kesemua negeri berkenaan mempunyai telaga minyak yang sudah tidak digunakan dan turut memiliki fasiliti terminal sedia ada bagi menjalankan aktiviti CCUS.
"Oleh itu, Kementerian Ekonomi sedang bekerjasama dengan negeri-negeri ini untuk memastikan semua berjalan dengan baik.
"Yang mana (laksanakan) dahulu, semua itu bergantung kepada kesediaan komersial setiap projek," katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus bersama kerajaan negeri Terengganu mengenai pelaksanaan inisiatif CCUS di Malaysia di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Rafizi berkata CCUS sebagai antara projek rintis dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan merupakan industri berimpak tinggi dan dijangka memberi limpahan ekonomi kepada negeri yang terlibat.
Menurutnya Terengganu adalah antara negeri yang boleh menjadi peneraju untuk melaksanakan CCUS, memandangkan terdapat telaga minyak di luar pesisir pantai dan fasiliti terminal sedia ada di Kerteh.
"Kita sedia maklum pelaburan untuk setiap satu fasiliti CCUS yang lengkap, daripada terminal hingga ke luar pesisir pantai selalunya dalam lingkungan RM20 bilion.
"Jadi, itu sebenarnya potensi yang ada untuk pelaburan yang (membawa) kesan limpahan ekonomi kepada Terengganu jika kita berjaya menyusun dengan baik.
"Oleh itu, di peringkat kerajaan Persekutuan, kita melihat potensi sedia ada di Kerteh untuk dikembangkan melebihi daripada industri berasaskan petrokimia dan minyak yang sedia ada.
"CCUS dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan industri berat baharu di Terengganu," katanya.
Menurutnya buat masa ini kerajaan sedang memuktamadkan rang undang-undang berkaitan CCUS sebelum dibentangkan di Parlimen pada November ini agar keputusan penting mengenai pelaksanaan industri itu di Malaysia dapat dimuktamadkan pada 2025.
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang terlibat turut berperanan sebagai pemudah cara antara pengendali industri CCUS seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan pelanggan termasuk pelabur asing, katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri melalui entiti dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah mengadakan perbincangan awal dengan Petronas supaya GLC atau entiti daripada kerajaan negeri boleh terlibat sebagai rakan kongsi kepada syarikat minyak dan gas itu dalam industri CCUS.
"CCUS ini isunya adalah besar dan penting bagi Terengganu supaya ekosistem yang kita buat di Terengganu akan memberi pulangan dan hasil kepada negeri sendiri, dan tentunya penting juga untuk Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2024

RAFIZI: Kementerian Ekonomi sedang bekerjasama dengan negeri-negeri ini untuk memastikan semua berjalan dengan baik. -Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Malaysia mahu memastikan industri CCUS disegerakan secepat mungkin - Rafizi
Malaysia mahu memastikan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dimulakan secepat mungkin di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat dari negara lain.

CCUS rentas sempadan: Sarawak akan kerjasama dengan Persekutuan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Persekutuan dalam pengangkutan rentas sempadan bagi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.

Rafizi, Premier Sarawak bincang RUU berkaitan perdagangan karbon
Rafizi hari ini mengadakan pertemuan dengan Abang Johari serta menteri kabinet negeri bagi membincangkan RUU berhubung perdagangan karbon.

Petros pelawa pelabur syarikat multinasional membida projek CCUS di Sarawak
Tiga tapak penyimpanan karbon telah dikenal pasti untuk pusingan bidaan ini, masing-masing mempunyai kelebihan dan peluang yang berbeza.

Industri CCUS perkasa usaha Malaysia capai sasaran pelepasan sifar bersih - Nik Nazmi
Industri penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) tidak boleh dilihat sebagai penyelesaian tunggal untuk mencapai penyahkarbonan.

Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah
Di bawah NETR, Malaysia sasar tubuhkan tiga hab CCUS menjelang 2030 dengan kapasiti penyimpanan bersama sehingga 15 juta tan metrik setahun.

Kerajaan kenal pasti empat negeri berpotensi teraju industri CCUS - Rafizi
Beliau berkata ini berikutan kesemua negeri berkenaan mempunyai telaga minyak yang sudah tidak digunakan dan turut memiliki fasiliti terminal sedia ada bagi menjalankan aktiviti CCUS.

Mesyuarat pengenalan perundangan karbon selepas hari raya - TPM Fadillah
Satu mesyuarat koordinasi antara pelbagai kementerian serta agensi Persekutuan akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri, bagi mempercepatkan pengenalan perundangan berkaitan karbon di Malaysia.

Kerajaan komited pastikan pelaksanaan hab CCUS selari dengan NETR dan NIMP 2030
Kerajaan komited untuk memastikan pelaksanaan tiga hab Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) selari dengan agenda NETR dan NIMP 2030.

Petros tandatangani MoU dengan Posco untuk pembangunan perniagaan karbon di Sarawak
MoU itu ditandatangani dengan Posco Holdings, Posco International dan Posco Engineering and Construction Co Ltd.