KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Sekretariat #Aid4Palestine bagi menggerakkan kempen kesedaran rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin.
Menurut Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sekretariat berkenaan akan dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi.
"Sekretariat ini akan berfungsi sebagai koordinator jaringan badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil bagi menggerakkan kempen kesedaran rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin, serta menyelaras kutipan dana #Aid4Palestine melalui kaedah ‘crowdfunding’ dengan sasaran bantuan RM1 juta yang akan disalurkan terus ke bumi Palestin," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ujar beliau, sekretariat ini juga mendapat kerjasama lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Setakat ini komitmen fasa pertama yang akan disalurkan menjelang 10 Syawal sudah mencecah RM350,000 hasil kutipan terkumpul NGO PASRelief, Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care Malaysia Society dan Cakna Palestin Malaysia.
"Manakala kutipan fasa kedua minima RM650,000 akan dibuka sehingga 30 Syawal," tambahnya menerusi kenyataan sama.
Beliau berharap, segala usaha yang dilakukan memberi ganjaran dan pahala serta menunjukkan tanda keimanan dan kasih sayang umat Islam kepada Palestin.
Tegasnya, serangan berterusan dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah tindakan yang zalim dan wajib dikecam oleh semua rakyat dan pemimpin negara serta umat Islam seluruh dunia.
Nickyson Nyambar
Wed May 12 2021

Abdul Hadi berkata, serangan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah tindakan yang zalim dan wajib dikecam semua rakyat dan pemimpin negara serta umat Islam seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.

Bangkit perkukuh penyatuan Islam, dukung perjuangan Palestin - Abdul Hadi
Kebangkitan di beberapa negara mampu memperkukuhkan kesatuan Islam dalam membentuk kuasa besar yang tidak tunduk kepada Barat.

MB, Exco Terengganu potong sebulan gaji bantu Palestin
Selain itu, Mohd Nor Hamzah berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri Pas turut menyumbang sebanyak RM3,000 seorang.

Kerajaan lancar kempen #Aid4Palestine
Ia sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia bagi membantu rakyat Palestin ketika ini.