ALOR SETAR:Kerajaan Persekutuan sekali lagi meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) selepas kajian mendapati Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dijangka tidak mampu menampung pertambahan penumpang pada masa hadapan.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata LTAPP ketika ini hanya memiliki landasan tunggal yang mampu menampung kapasiti maksimum 12 juta penumpang setahun.
"Ketika ini LTAPP merekodkan tujuh juta penumpang setahun dan jumlah itu dijangka meningkat sebaik (krisis) penularan wabak COVID-19 tamat atau selepas 2022.
"Projek KXP yang diluluskan kerajaan dirancang mempunyai empat landasan menerusi projek jangka panjang sehingga tahun 2050.
"Mengikut perancangan, KXP akan mempunyai empat landasan. Pembinaan landasan pertama dan kedua akan dilakukan dalam fasa pertama dan kedua, manakala dua lagi landasan akan dibina menjelag 2050," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Beliau berkata, semalam Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) meluluskan pembinaan KXP untuk kali pertama sejak rancangan itu dikemukakan pada 2014.
Projek pembinaan itu pernah diluluskan kerajaan pada Mac 2019 lalu namun Kementerian Pengangkutan pada Ogos lalu mengumumkan penangguhan semua projek naik taraf dan pembinaan lapangan terbang baharu termasuk KXP.
Arahan penangguhan itu disebabkan kerajaan berhasrat mahu membuat pertimbangan semula selepas kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) dimuktamadkan pada 2023.
Bagaimanapun, Muhammad Sanusi kemudian mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Putrajaya, sebelum kedua-dua pihak setuju supaya kertas cadangan projek KXP dibentangkan semula pada mesyuarat MPFN.
Sementara itu, dalam sidang media hari ini, Muhammad Sanusi berkata, selepas ini, kerajaan negeri akan memulakan proses pengambilalihan tanah dan berusaha mendapatkan bantuan kewangan berjumlah RM2.5 bilion daripada kerajaan Pusat sebelum proses seterusnya dapat dilaksanakan.
Katanya, dengan kargo yang dikeluarkan dari Taman Perindustrian Tinggi Kulim dan taman semikonduktor baharu yang akan dibina berhampiran kawasan itu, KXP akan menjadi pencetus perubahan ekonomi kepada Kedah dengan Pulau Pinang, Perak dan Perlis turut mendapat manfaat.
Katanya, kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kedah juga dijangka mampu meningkat sehingga 4.6 peratus selepas KXP dibangunkan.
Beliau berkata, selain pembinaan lapangan terbang dan landasan utama, komponen KXP turut membabitkan pembangunan Taman Aeropolis Sidam dan pembinaan lebuh raya baharu.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Oct 28 2020

Selain pembinaan lapangan terbang dan landasan utama, komponen KXP turut membabitkan pembangunan Taman Aeropolis Sidam dan pembinaan lebuh raya baharu. -Gambar hiasan/ Reuters

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Syarat pembinaan KXP hampir dipenuhi - Sanusi
Semua keperluan yang menjadi syarat untuk membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) telah hampir dipenuhi.

Kerajaan bimbang KXP jadi gajah putih jika dibiaya swasta - Rafizi
Projek yang dibiayai swasta di negara ini lazimnya tidak akan berdaya maju dan akan mengalami masalah kewangan dalam jangka masa panjang.

KXP: Perlu bukti kemampanan kewangan jangka masa panjang - Rafizi
Kemampanan kewangan daripada pelaburan swasta dalam melaksanakan projek KXP itu satu keperluan yang mesti diambil kira bagi memastikan pembangunannya tidak terbengkalai.

Anwar sangkal dakwaan tidak mahu bina KXP
Cadangan pembinaan lapangan terbang memerlukan kajian yang teliti sebelum boleh dilaksanakan kerana ia melibatkan beberapa aspek penting terutamanya keselamatan negara.

Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim perlu diberi perhatian adil - Sultan Kedah
Sultan Kedah menyeru agar projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) diberi layanan dan perhatian yang adil dan sewajarnya.

Projek KXP: Hasrat saya untuk jumpa PM Anwar tidak pernah padam- Sanusi
Sanusi berkata, ruang pertemuan itu amat penting memandangkan Kerajaan Pusat perlu diberikan taklimat secara terperinci berhubung segala apa yang diusahakan kerajaan Negeri Kedah.

Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim tidak libat peruntukan kerajaan
Kerajaan Kedah memilih untuk melaksanakan KXP secara pelaburan swasta (PFI) sepenuhnya.

Syarikat ECK tidak lagi terlibat dengan projek KXP - MB Kedah
Penamatan ECK dalam usaha sama pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim tiada kaitan dengan projek tanaman Durian King di Gunung Inas.

KXP dijenamakan kepada Kedah Aerotropolis
Bukan sahaja lapangan terbang yang akan dibina sebaliknya merangkumi sebuah bandar raya baharu di persekitarannya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim siap 2026, bakal ubah ekonomi Kedah - Sanusi
Fasa pertama projek pembinaan lapangan terbang itu akan dimulakan dalam tempoh terdekat dan menelan belanja RM6 bilion termasuk kos pengambilan tanah.