KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM147.1 bilion khusus untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi beberapa pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sejak 2020, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, dengan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi itu, prospek pertumbuhan PKS dijangka kembali pulih perlahan-lahan pada 2021 selari dengan unjuran peningkatan pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya.
“Pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi dan Belanjawan 2021 akan dapat membantu PKS meringankan kekangan aliran tunai dan meningkatkan daya tahan perniagaan,” katanya menerusi ucapan perasmian yang telah dirakam lebih awal bagi majlis pelancaran portal MyAssist MSME dan Minggu PKS Kebangsaan 2021 yang diadakan secara maya, hari ini.
Antara pakej rangsangan ekonomi yang dilancarkan kerajaan termasuklah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan yang terbaharu Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berjumlah RM150 bilion yang diumumkan pada 28 Jun.
Muhyiddin berkata, Bank Negara Malaysia menganggarkan ekonomi Malaysia tumbuh dalam lingkungan enam hingga 7.5 peratus tahun ini dengan pemulihan aktiviti domestik yang disokong peningkatan permintaan luar akan menjadi faktor asas yang mendorong keyakinan tersebut.
Menurutnya, PKS merupakan tulang belakang kepada ekonomi Malaysia dan golongan ini membentuk sekitar 98.5 peratus daripada jumlah keseluruhan entiti perniagaan negara yang wujud di setiap lapisan sektor.
“Secara keseluruhannya, PKS di negara ini telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 7.3 juta orang,” katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 30 2021
Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi dan Belanjawan 2021 akan dapat membantu PKS meringankan kekangan aliran tunai dan meningkatkan daya tahan perniagaan. - Gambar fail
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Ringgit dibuka tinggi selepas BNM umum OPR kekal pada 3.0 peratus
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh kepada 4.4335/4500 berbanding dolar US daripada 4.4340/4400 pada akhir dagangan semalam.
Bursa Malaysia terus meningkat untuk hari keempat berturut-turut
Penanda aras FBM KLCI meningkat 7.34 mata atau 0.46 peratus kepada 1,587.80, dipacu terutamanya oleh sektor perladangan dan kewangan.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
Sektor kewangan terima 2.3 juta aduan sejak lima tahun lepas
Industri kewangan menerima kira-kira 2.3 juta aduan sepanjang lima tahun lepas, sebanyak 98 peratus daripadanya berkaitan sektor perbankan.
Lima individu ditahan bantu siasatan kes seleweng dana pelaburan RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Pembaharuan adalah penting untuk bina ekonomi lebih berdaya tahan - Ahli ekonomi
Pembaharuan adalah langkah penting untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi yang lebih berdaya tahan dan bertenaga yang mampu menyesuaikan diri dengan cabaran domestik dan global.
BMI unjur ekonomi Malaysia 2024 berdaya tahan pada 5.0 peratus
BMI, syarikat Fitch Solutions, mengunjurkan ekonomi Malaysia pada 2024 berdaya tahan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar 5.0 peratus.
Ringgit diunjur cecah 4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025 - Stanchart
Standard Chartered (Stanchart) menjangkakan ringgit mencecah paras 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi.
BMI jangka BNM kekalkan kadar OPR pada 3.0 peratus
BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus pada mesyuaratnya 22 Januari ini.