KOTA KINABALU: Kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah dan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) melancarkan Pelan Induk Gas Sabah bagi memacu pelaburan dalam sumber gas asli negeri itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia menandakan satu lagi peristiwa penting bagi Sabah selepas menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) pada 7 Disember lepas.
Katanya, pelan induk ini memfokuskan kepada tiga peluang pelaburan utama yang berlainan ciri untuk sumber gas asli Sabah.
"Yang pertama ialah pembinaan loji gas asli cecair (LNG) dengan kapasiti 2.0 juta tan setahun (MTPA) di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
"Kemudahan LNG, yang pertama di negeri ini juga akan memberi peluang kepada Sabah mengembangkan pengedaran LNG di seluruh negeri melalui aktivitiseperti sistem saluran paip maya.
"Membolehkan lebih banyak perniagaan perindustrian dan komersial mengakses serta menggunakan gas asli sebagai sumber tenaga yang lebih bersih," katanya ketika berucap di pelancaran Pelan Induk Gas Sabah di Menara PETRONAS 2, pada Selasa.
Hajiji berkata, yang kedua, Kerajaan Negeri Sabah mengambil peranan yang lebih menonjol dalam menerajui aktiviti pemasaran dan pengedaran gas di Sabah, dengan 120 kaki padu gas standard sehari (MMscfd) bekalan gas akan disediakan bagi pembangunan industri utama di negeri ini.
Jelasnya, gas asli itu akan dibekalkan dari Terminal Minyak dan Gas Sabah di Kimanis, dan Terminal Gas Sabah di Tuaran.
"Sebagai tanda kemajuan hasrat itu, pemeteraian perjanjian induk (HOA) telah ditandatangani antara Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan PETRONAS untuk pembekalan 70 MMscfd gas asli, serta pertukaran dokumen HOA yang ditandatangani sebelum ini untuk 50 MMscfd bekalan gas asli, bagi kegunaan di Sabah yang disaksikan oleh Ketua Menteri.
"Ketiga, ia menekankan satu set derivatif pilihan petrokimia untuk Sabah bagi menarik pelabur, yang berdasarkan keperluan pasaran dan prospek masa depan, iaitu memanfaatkan bahan mentah yang sedia ada di dalam negara," katanya.
Tambahnya, beberapa cadangan juga telah disyorkan, merangkumi lebih banyak aktiviti cari gali gas asli bagi memastikan bekalan mampan, pelan pembangunan komprehensif untuk Sabah mesti dirangka bagi mewujudkan lebih banyak industri tambah nilai di Sabah termasuk pembangunan hiliran petrokimia.
Cadangan lain adalah mengenai keperluan untuk menilai bakat tempatan yang sedia ada dan dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan industri minyak dan gas, serta industri pembuatan dan pembinaan.
"SOGIP mesti dijadikan tapak pelaburan minyak dan gas hiliran utama Sabah pada masa hadapan, tetapi masih banyak kerja perlu dilakukan untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelabur.
“Sebuah entiti negeri perlu dikenal pasti untuk memantau pelaksanaan cadangan Pelan Induk Gas Sabah,” katanya lagi.
Hasil daripada penyelidikan bersama yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan PETRONAS terhadap industri minyak dan gas bagi mendapatkan pulangan ekonomi jangka panjang untuk Sabah dan rakyatnya, Pelan Induk Gas Sabah telah diperakui oleh Kabinet Negeri pada Oktober tahun lalu.
Eleanor Michelle Patrick
Tue Jan 04 2022
Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) melancarkan Pelan Induk Gas Sabah di Menara PETRONAS 2, Kota Kinabalu. - Foto Astro AWANI
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Sabah sedia pemeriksaan kesihatan percuma untuk rakyat
Kerajaan Negeri Sabah akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma buat rakyat di negeri itu.
Tahun Baharu Cina bawa semangat keamanan, harmoni dan muhibah di Sabah - Hajiji
Hajiji dalam perutusannya menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Tionghua di Sabah.
Rombakan kabinet Hajiji dapat restu daripada PM - Jeffrey Kitingan
Jeffrey ketika ditemui berkata beliau turut gembira dengan penglibatan wanita dan ADUN PH dalam kabinet negeri Sabah.
Ekosistem politik Sabah perlukan kepimpinan matang - Dr Syahruddin Awang
Berikutan pergolakan politik Sabah, ekosistem politik di negeri itu memerlukan kepimpinan dan kesedaran yang matang.
Sabah lancar Pelan Tindakan Strategik baharu perhebat inisiatif pemuliharaan HoB
Kerajaan Sabah melancarkan Pelan Tindakan Strategik bagi menangani cabaran untuk memperhebat usaha pemulihan landskap Heart of Borneo (HoB).
Belanjawan Sabah 2023: Hajiji umum peruntukan lebih RM5 bilion
Bertemakan 'Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera', ia dirangka selaras tumpuan utama dalam Belanjawan 2023 untuk memacu dan memperkasa ekonomi negeri Sabah.
Perkhidmatan feri Pulau Bum-Bum dipertimbang secara serius - Hajiji
Perkhidmatan feri dari tanah besar Semporna ke Pulau Bum-Bum akan dipertimbangkan secara serius sementara menunggu cadangan jambatan Pulau Bum-Bum menjadi kenyataan.
PRU15: Kerjasama GRS-BN berterusan selepas 19 November - Hajiji
Jelas Hajiji kerjasama GRS dan BN termasuklah UMNO dilakukan sebagai kesinambungan mandat yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri yang lalu.
PRU15: Hajiji sambut baik keputusan PAS Sabah tidak letak calon
Tindakan PAS Sabah mengarahkan ahli dan penyokongnya memberikan sokongan kepada mana-mana calon GRS-BN itu menurut Hajiji sesuatu yang signifikan dalam memastikan kemenangan GRS-BN.
Sabah hasrat perkukuh hubungan dua hala dengan Brunei
Datuk Seri Hajiji Haji Noor optimis masa depan hubungan kerjasama di antara Sabah dan Brunei akan terus makmur berdasarkan peningkatan nilai perdagangan dua hala antara keduanya.