BINTULU: Kerajaan optimis mampu menyiapkan dan membuka keseluruhan Fasa Satu projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pada hujung tahun ini.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sasaran itu mampu dicapai walaupun projek tersebut berdepan pelbagai cabaran sebelum ini termasuk ketika wabak pandemik COVID-19.
"Kita sasarkan dalam hujung tahun ini semua Fasa Satu Pan Borneo Sarawak dari Telok Melano ke Miri akan dapat dibuka secara keseluruhannya.
"Walaupun (sebelum ini) kita hadapi cabaran seperti kekurangan tenaga kerja dan bekalan bahan mentah kita masih beri komitmen untuk menyiapkan Fasa Satu pada penghujung tahun ini," katanya ketika berucap di majlis pembukaan persimpangan bertingkat Nyabau di sini, hari ini.
Persimpangan bertingkat Nyabau sepanjang 1.2 kilometer itu merupakan persimpangan bertingkat terpanjang dalam jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.
Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bernilai RM16.117 bilion meliputi 11 pakej kerja dengan jajaran sepanjang 786 kilometer bermula dari Telok Melano ke Miri dimulakan pada Oktober 2015.
Sementara itu, Fadillah berkata kejayaan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak menjadi bukti hubungan serta kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sarawak yang harus diteruskan demi kepentingan penduduk negeri itu.
"(Setakat ini untuk) Pan Borneo Sarawak, kita dah berjaya buka banyak jajaran termasuk di Telok Melano, jajaran Serian ke Balai Ringin, serta sebahagian jajaran di Julau, Insya-Allah banyak lagi yang kita sasarkan (dibuka)," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022

Fadillah (gambar) berkata, sasaran itu mampu dicapai walaupun projek tersebut berdepan pelbagai cabaran sebelum ini termasuk ketika wabak pandemik COVID-19. - Foto fail

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Uggah beri jaminan projek mega termasuk Pan Borneo Sarawak tidak dihentikan
Antara projek yang tidak akan terjejas ialah pembangunan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bernilai RM16.117 bilion.

Pan Borneo: Pastikan projek jalan raya sempurna, jangan asal siap sahaja - Zulkefly
Kontraktor yang terlibat dengan pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak perlu fokus memastikan pakej kontrak jalan raya siap dengan baik.

Pan Borneo Sarawak: KKR naik taraf 200km laluan 'Red Line'
KKR akan menyelenggarakan semula laluan empat lorong sedia ada atau Red Line sepanjang 200 kilometer sebagai sebahagian projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak.

Kerajaan optimis Fasa Satu Pan Borneo Sarawak siap hujung tahun ini - Fadillah
Kerajaan optimis mampu menyiapkan dan membuka keseluruhan Fasa Satu projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pada hujung tahun ini.

Harga siling pelitup muka antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Cha ingin tahu sama ada harga siling itu akan diturunkan secara berperingkat pada masa depan memandangkan bekalan pelitup muka mencukupi dan harga pasaran semasa lebih murah daripada harga siling.

Pendirian Baru tentang tanah hak adat tidak pernah berubah
Baru Bian hari ini menafikan dakwaan di media sosial yang beliau bersetuju dengan tindakan Kerajaan Sarawak menyukat tanah hak adat (NCR).