KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan sedang memperhalusi aspek perundangan proses pengambilan tanah melibatkan projek pembangunan semula Sungai Baru, Kampung Baru, di sini, yang masih tidak mendapat persetujuan sebahagian penduduk.
Menterinya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia bagi memastikan pembelaan sewajarnya termasuk kepada 37 pemilik yang tidak bersetuju serta 291 pemilik yang telah berpindah ke rumah transit dan pemaju.
"Saya akan memberi pembelaan kepada tuan tanah yang terlibat sebaik mungkin.
"Saya dah minta (sesi pendengaran kedua) ditangguh lebih enam bulan supaya pemaju dan 37 (pemilik tidak bersetuju) selesaikan masalah dan kalau tak selesai juga mereka akan kembali kepada kita untuk penyelesaian (secara perundangan) ," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci kediaman kepada pemilik unit Residensi SkyAwani 3 di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Shahidan berkata pihak Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dijangka memberi kenyataan susulan berkenaan perkara itu minggu depan.
Pada Rabu, PKB dalam kenyataan memaklumkan pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula kawasan tersebut perlu diteruskan kerana ia telah memenuhi syarat perundangan di bawah Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 walaupun segelintir pemilik tidak bersetuju.
Sebelum in, Shahidan telah meminta proses pendengaran kedua bagi pengambilan tanah kawasan tersebut yang dijadualkan berlangsung Disember tahun lalu ditangguhkan sehingga beliau bertemu dengan semua pihak susulan ada yang tidak bersetuju selain mendakwa nilai pampasan ditawarkan pemaju tidak setimpal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022

Menterinya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia bagi memastikan pembelaan sewajarnya termasuk kepada 37 pemilik yang tidak bersetuju serta 291 pemilik yang telah berpindah ke rumah transit dan pemaju. - Gambar fail/Astro AWANI

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Shahidan minta pihak tidak berkaitan henti campur tangan, politikkan isu Sungai Baru
Beliau turut meminta agar kumpulan penduduk yang masih tidak bersetuju dalam proses pengambilan tanah tidak keliru dan terpengaruh.

38 pemilik flat PKNS Sungai Baru, Kampong Bharu ditawar pangsapuri RM300,000
Pemaju projek pembangunan semula Sungai Baru, Kampong Bharu, Ritzy Gloss Sdn Bhd bersedia menawarkan pangsapuri bernilai RM300,000.

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu nafi penduduk perlu kosong rumah dalam 42 hari
Tempoh 42 hari tersebut adalah jangka masa untuk pemilik terlibat dengan pengambilan tanah untuk mengemukakan bantahan dari tarikh siasatan Pengambilan Tanah ditentukan.

Ribuan ikan mati di sungai Masjid Tanah, penduduk rimas bau busuk
Bau yang kurang menyenangkan itu dapat dihidu sehingga jarak 50 meter dari kawasan tebing sungai.