Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan memperhebatkan lagi usaha bagi menggalakkan lebih ramai rakyat tempatan melancong dalam negara, sekali gus memacu pertumbuhan industri terbabit.
Malah, kementerian itu menyasarkan sejumlah 92.8 juta pelancongan tempatan yang menyumbang sebanyak RM76.9 bilion kepada ekonomi negara tahun ini berbanding 85.2 juta pelancong tempatan dengan sumbangan RM68.5 bilion pada 2019.
Pengarah Kanan Domestik dan Acara Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia merangkap Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata ini bagi memastikan keseluruhan rantaian jaringan itu dapat meneruskan kelangsungan perniagaan dan pekerjaan walaupun jumlah kehadiran pelancong asing susut susulan penularan COVID-19.
BACA: COVID-19: Sektor pelancongan mungkin terima bantuan kewangan - Mohamaddin Ketapi
Rantaian itu merujuk kepada hotel, pengangkutan, restoran, pengendali runcit dan pekerja masing-masing.
"Pada masa ini, kita tidak akan menyemak semula sasaran ketibaan pelancong asing kerana masih memantau keadaan semasa.
"Selain menumpukan usaha meningkatkan pelancongan domestik, kita juga berusaha gigih untuk menarik lebih ramai pelancong dari kalangan negara-negara ASEAN khususnya negara jiran seperti Brunei, Indonesia dan Thailand," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis meraikan peserta Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) di sini, pada Khamis.
Kempen Tahun Melawat Malaysia itu menyasarkan 30 juta kehadiran pelancong asing yang membelanjakan kira-kira RM100 juta dalam sektor pelancongan itu.
Ammar turut menyifatkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad pada 27 Februari lepas mampu memberi manfaat besar kepada industri itu khususnya sektor hotel dan peruncitan.
Bagi merangsang industri pelancongan, kerajaan memberi pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan berkaitan pelancongan domestik.
Rakyat tempatan juga layak mendapat baucar digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang bagi penerbangan, perjalanan kereta api dan penginapan hotel tempatan.
Sementara itu, Pengarah MM2H, Datin Sharifah Ikhlas Aljaffree menyuarakan rasa optimis berikutan jumlah permohonan program MM2H itu melebihi 8,000 tahun ini berdasarkan pertanyaan dan kegiatan promosi yang menggalakkan.
Pada 2019, Malaysia menerima jumlah permohonan tertinggi sebanyak 7,904 di antara kira-kira 100 negara yang menawarkan program sama.
BACA: Warga China catat pemohon paling ramai sertai Program Malaysia Rumah Keduaku
Menurutnya, bagi tempoh 2002-2019, kerajaan telah meluluskan lebih 48,000 permohonan MM2H yang mana minat terhadap program itu meningkat ketara sejak lima tahun lepas.
"Pada masa sama, kita turut meneliti dan mengkaji semula dasar serta strategi semasa program itu. Ini kerana kita perlu lebih berdaya saing untuk menarik mereka yang lebih berkualiti (dari segi kemampuan) atau individu yang memiliki kekayaan bersih yang tinggi bagi menyertai program ini.
"Sasaran kita tidak hanya mengikut kewarganegaraan pemohon terbabit namun lebih kepada mereka yang berpendapatan isu rumah melebihi US$2,000 sebulan.
"Di China saja misalnya, ada ramai yang berpendapatan US$2,000 sebulan dan menyebabkan mereka berada di kedudukan teratas iaitu sebanyak 15,883 permohonan (bagi tempoh 2002-2019)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 05 2020

Ammar menyifatkan Pakej Rangsangan Ekonomi mampu memberi manfaat besar kepada industri itu khususnya sektor hotel dan peruncitan. - BERNAMA

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Manoharan ganti Ammar sebagai Ketua Pengarah Pelancongan
Bekas Pengarah Tourism Malaysia India, Manoharan Periasamy dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia baharu.

Cipta kandungan video produk pelancongan antara tugasan peserta TOMER 2023
Menghasilkan kandungan video promosi produk pelancongan di merupakan antara tugasan yang perlu dipenuhi oleh 80 peserta Tourism Malaysia Media Explore Race (TOMER) 2023.

Tourism Malaysia, Astro AWANI jalin kerjasama dalam siri jelajah 'Dah Sampai'
Siri jelajah ini akan meneroka dua lokasi iaitu Kuala Terengganu dan Melaka dengan menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

Pulau Besar dan Pulau Sibu di Mersing bakal dinaik taraf libat RM200 juta
Pulau Besar dan Pulau Sibu di Mersing yang merupakan antara destinasi terkenal tumpuan pelancong bakal dinaik taraf daripada segi kemudahan air dan utiliti dengan melibatkan peruntukan RM200,000 juta.

Kerajaan perhebat usaha pacu pelancongan domestik
Kementerian menyasarkan sejumlah 92.8 juta pelancongan tempatan yang menyumbang sebanyak RM76.9 bilion kepada ekonomi negara.