KUALA LUMPUR: Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula pendekatan untuk menjual unit Program Residensi Rakyat (PRR), model perumahan awam yang baru dicadangkan pada harga diskaun.
Setiausaha Agung Kehormat HBA, Datuk Chang Kim Loong berkata, rumah PRR tidak sepatutnya dijual, sebaliknya, hanya disewakan kepada pemohon yang layak, antara lain sebagai sebuah rumah transit.
"Di sinilah di mana kumpulan berpendapatan rendah boleh hidup dalam keadaan selesa dan membayar sewa rumah yang rendah, sambil berusaha ke arah meningkatkan ekonomi kehidupan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
PRR telah diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada 8 Mac, di mana di bawah model perumahan baharu itu, setiap unit yang dibina dengan kos RM300,000 akan dijual pada RM60,000, dengan sehingga RM15,000 daripada pembayaran pembelian akan diperuntukkan untuk wang penyelenggaraan dan dana terikat.
Chang berkata, beliau melihat penjualan unit PRR pada harga diskaun sedemikian, akan membawa lebih banyak kemudaratan termasuk eksploitasi harga sewa atau jualan semula oleh pencatut, yang seterusnya menggagalkan usaha menyelesaikan isu rumah mampu milik untuk kumpulan berpendapatan rendah dalam jangka masa panjang.
Sebaliknya, Chang kekal dengan idea bahawa model baharu perumahan perlu menjadi rumah transit dan sekiranya ia menjadi kenyataan, beliau mencadangkan supaya kementerian bekerjasama dan menjalankan latihan kemahiran atau latihan semula di PRR, untuk mengajar kemahiran yang membolehkan penduduknya mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.
Beliau juga berpendapat, bahawa semakan penyewaan penduduk PRR perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun, bagi memastikan hanya pemohon yang layak terus tinggal.
"Penduduk yang taraf ekonomi mereka sudah bertambah baik, perlu keluar dan memberi laluan kepada pemohon yang lebih layak dan sebenarnya, mengenai induksi kepada penduduk, kementerian perlu menekankan bahawa unit PRR dimaksudkan sebagai rumah transit sehingga mereka boleh membeli rumah mereka sendiri," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024

Chang berkata, rumah PRR tidak sepatutnya dijual, sebaliknya hanya disewakan kepada pemohon yang layak, antara lain sebagai sebuah rumah transit. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kerajaan perlu kaji semula penjualan rumah PRR - HBA
HBA mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula pendekatan untuk menjual unit PRR, model perumahan awam yang baru dicadangkan pada harga diskaun.

Nilai ambang persetujuan 75 peratus boleh menyusutkan harta pemilik - HBA
HBA mencadangkan alternatif berbanding menetapkan nilai ambang persetujuan 75 peratus dikenali juga sebagai 'jualan en-bloc' yang boleh menyusutkan harta pemilik.

Longgarkan kriteria pembelian rumah - HBA
Ramai pihak terutama pemain industri hartanah dan pembinaan meminta kriteria pemberian pinjaman untuk pembelian hartanah dilonggarkan.

Rumah mampu milik: HBA saran kaji kos, wujudkan cukai khas untuk pemaju
Kerajaan perlu mewujudkan langkah yang menguntungkan bagi menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah mampu milik oleh pemaju.

HBA: Jangan tergesa-gesa beli rumah baru
Pembeli dinasihatkan untuk tidak tergesa-gesa membeli rumah biarpun dengan harga rumah yang dijangka akan terus turun.