SHAH ALAM : Kerajaan harus memberikan penjelasan mengapa mengambil keputusan untuk menjual aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta daripada membenarkan aplikasi itu di bawah kawal selia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga perlu menjawab persoalan mengapa penjualan aplikasi itu tidak dibuat melalui tender terbuka atas dasar ketelusan.
“Apa sebab-sebab MySJ Sdn Bhd menjadi satu-satunya syarikat yang ditimbang tara untuk projek ini? Apakah kerajaan Malaysia sering menganugerahkan individu-individu atau syarikat-syarikat yang menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk manfaat rakyat Malaysia dengan kontrak yang lumayan?
“Apakah skop dan kepakaran MySJ Sdn Bhd terkait pengoperasian MySejahtera dan bagaimana KKM boleh memastikan data-data yang dikumpul oleh aplikasi itu tidak akan disalahguna oleh pihak ketiga termasuk MySJ Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini pada 24 Mac lalu, sidang Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) telah membangkitkan persoalan tentang penjualan aplikasi pengesanan COVID-19 kepada sebuah syarikat swasta.
Keputusan kerajaan untuk ‘penyerahan’ ini telah diputuskan oleh Kabinet pada 26 November 2021 dan kebenaran telah diberikan oleh kabinet kepada KKM untuk melantik MySJ Sdn Bhd melalui mekanisme runding terus untuk mengambil alih aplikasi MySejahtera.
Bagaimanapun, pada Disember 2021, PAC telah mengesyorkan bahawa kerajaan sepatutnya mengambil alih operasi MySejahtera tanpa kos tambahan memandangkan aplikasi tersebut kini telah menjadi elemen penting dalam sistem kesihatan negara.
Mengulas lanjut, Anwar turut meminta kerajaan menjelaskan syarat-syarat kontrak tertakluk kepada jaminan yang dibuat KKM sebelum ini, tentang data kesihatan peribadi, dasar kerahsiaan MySejahtera dan undang-undang negara yang mengawal selia kerahsiaan data individu.
“Apakah peranan dan tanggungjawab MySJ Sdn Bhd dalam memastikan data yang dikongsi rakyat Malaysia melalui MySejahtera atas dasar mandat awam tidak akan digunakan sama sekali untuk tujuan pemasaran, pembangunan produk, pemantauan, mahupun untuk tujuan yang berunsur diskriminasi?” soalnya.
* Artikel asal disiarkan Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Mar 26 2022

Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga perlu menjawab persoalan mengapa penjualan aplikasi itu tidak dibuat melalui tender terbuka atas dasar ketelusan. - Foto fail

Dasar Wanita Negara 2025-2030 perkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita
Dasar Wanita Negara 2025-2030 dilancarkan secara rasmi pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita di Malaysia.

Universiti Jepun perkenal program AI untuk latihan pelajar perubatan
Universiti Nagasaki di barat daya Jepun dan sebuah syarikat pembangunan sistem tempatan memperkenalkan program kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pelajar perubatan berlatih.
Serpihan SpaceX Starship jejas 240 penerbangan
Lebih 240 penerbangan terjejas dengan 24 pesawat diarah mengubah haluan berikutan kebimbangan pelanggaran dengan serpihan kapal angkasa SpaceX Starship yang meletup di udara ketika pelancarannya kelmarin.

Wajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum daki Gunung Kinabalu
Mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum mendaki Gunung Kinabalu antara langkah terbaik dalam memastikan keselamatan setiap pendaki, terutamanya dalam kalangan warga emas.
AWANI Ringkas: Malaysia panas dengan paras normal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CENTHRA Kecam Kegagalan Sidang Konvensyen Geneva Keempat, Desak Tindakan Segera
Menurut CENTHRA, keputusan Switzerland untuk tidak menganjurkan sidang tersebut atas alasan "ketiadaan konsensus" dalam kalangan Negara Pihak Berkontrak adalah satu bentuk kegagalan moral serta mencemarkan integriti undang-undang kemanusiaan antarabangsa
Orang ramai dijemput hadir berbuka puasa bersama PM di Putrajaya
Datuk Mohd Na'im Mokhtar mempelawa orang ramai hadir ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok 10 Mac

Microsoft dilapor uji integrasi DeepSeek, xAI dan Meta pada CoPilot
Ujian ini dilihat sebagai ganti kepada model ChatGPT yang menguasakan CoPilot pada hari ini.
PGA perketat sempadan, kekang risiko dalang letupan Sungai Golok lari ke Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan sempadan Kelantan-Thailand susulan kejadian letupan dan tembakan yang mengakibatkan dua anggota sukarelawan pertahanan negara jiran itu maut di Sungai Golok, malam tadi.
Program SIM@PAX diperluas sempena Hari Raya Aidilfitri
Program servis Ihsan MadanI@Petronas Autoexpert (SIM@PAX) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dengan penjimatan 10 hingga 30 peratus bagi perkhidmatan servis kenderaan di semua 96 bengkel Petronas Autoexpert di seluruh negara.

Program Imunisasi Influenza warga emas bermula 18 Feb
Program Imunisasi Influenza Kebangsaan bagi warga emas akan dilaksanakan bermula 18 Feb ini.

Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
Lebih 10,000 pesakit menunggu dengan penuh harapan giliran untuk menerima sumbangan organ bagi memberi peluang mereka meneruskan kehidupan.

MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt
MyDigital ID Diperlukan Untuk Log Masuk Kedalam Aplikasi MyJPJ Bermula 10 Oktober Ini

Penyelidikan komponen penting tingkat status kesihatan pergigian - KKM
Persidangan NOHRI merupakan platform penting untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penyelidikan dan pendekatan inovatif berdasarkan data.

Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.

COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.

Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.

PRN: Pengundi positif COVID-19 mula terima panduan keluar mengundi di MySejahtera
Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu.

Janji temu rawatan pergigian melalui MySejahtera - KKM
KKM akan memperkenalkan fungsi peringatan secara automatik melalui aplikasi MySejahtera yang mana, orang awam akan diberi notifikasi untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah.

COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.