SHAH ALAM: Kerajaan mengalami kerugian sebanyak 25 peratus daripada setiap kandungan kreatif yang dicetak rompak oleh pihak tidak bertanggunjawab.
Setiausaha Kehormat Persatuan Penerbit Filem, Zahrin Aris berkata, impak negatif yang dibawa oleh kegiatan cetak rompak digital itu tidak terhad kepada penggiat industri sahaja malah turut memberi kesan kepada pendapatan negara.
Menurutnya, ini kerana kerajaan mengutip sebanyak 25 peratus cukai dalam setiap kandungan hiburan yang dihasilkan sebagaimana termaktub dalam dalam Akta Duti Hiburan 1953 (Akta 103).
“Sebenarnya setiap hasil daripada hiburan itu, kerajaan akan memperoleh 25 peratus daripada cukai hiburan. Itu yang dinyatakan bahawa kerugian bukan sahaja kepada industri tetapi ia juga berlaku kepada kerajaan itu sendiri,” katanya.
Zahrin berkata demikian selaku panelis pada program Wacana Sinar Harian Edisi ke-236 bertajuk ‘Cetak Rompak Digital: Industri Kreatif Makin Malap?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Wacana tersebut turut dibarisi panelis, Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Norman Abdul Halim dan pelakon serta pengarah, Hasnul Rahmat Mustafa manakala Edlynna Hanie Hamid sebagai moderator.
Zahrin berkata, terdapat kemungkinan bahawa ramai dalam kalangan rakyat masih belum memiliki kefahaman yang jelas berkenaan dengan isu penyalahgunaan hak cipta kandungan kreatif itu.
“Dalam masa yang sama juga perkara ini bukan hanya melibatkan kegiatan mencetak sebuah kandungan tetapi ia juga mencetak satu saluran dan sebagainya yang mana alat ini dijual di merata tempat seolah-olah ia dijual secara halal dan tiada haramnya di situ.
“Jadi oleh kerana perkara ini berlaku, pengguna-pengguna yang mungkin kurang faham berkenaan dengan cetak rompak ini adalah satu jenayah, maka mereka akan membeli tanpa rasa ragu-ragu,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, dengan perkembangan teknologi digital terkini, kandungan yang dicetak rompak itu juga dengan mudah boleh disebarkan melalui pelbagai aplikasi lain seperti Telegram dan ia dilakukan secara tidak terkawal.
Jelas Zahrin, untuk mengatasi perkara tersebut, ia memerlukan penglibatan bersepadu daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Finas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Tambah beliau, sekiranya isu itu dibiarkan berlarutan, ia bakal memberikan kesan yang sangat teruk kepada penerbit kandungan khususnya daripada aspek kewangan dan motivasi mereka dalam menghasilkan sesebuah karya.
“Akhirnya yang menanggung kerugian terbesar adalah penerbit itu sendiri kerana mereka adalah pembikin kandungan tersebut.
"Disebabkan impak begini tidak dapat dikawal, kebanyakan penerbit sendiri akan berfikir sepuluh kali untuk menerbitkan sebuah hasil karya yang bagus dengan bajet yang tinggi dan sebagainya,” katanya.
Sinar Harian
Fri Mar 05 2021

Impak negatif yang dibawa oleh kegiatan cetak rompak digital itu tidak terhad kepada penggiat industri sahaja. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.

#NoToLanun: Muat naik secara haram? Anda sedang diperhatikan! - Finas
Finas dan agensi berkaitan telah mengesan sumber dan lokasi tempat tinggal individu yang terbabit termasuk aktiviti memuat naik dan berkongsi di laman sosial.

Kadar tontonan kandungan cetak rompak di Malaysia turun 64 peratus - Kajian
Kajian terbaharu Pertubuhan Industri Video Asia (AVIA) Menentang Cetak Rompak (CAP) mendapati penurunan sebanyak 64 peratus pengguna melayari laman web cetak rompak.

Penggiat seni bersatu hasilkan video menentang lanun cetak rompak
Zizan Raja Lawak, Lisa Surihani, Aaron Aziz, Nam Ron, Sharifah Amani dan Shamsul Cairel adalah antara artis yang terlibat dalam menyampaikan mesej tersebut.