KOTA KINABALU:Industri pelancongan di Sabah dijangka akan kembali bangkit selepas ini susulan pengumuman kerajaan membenarkan aktiviti selam skuba pada Isnin.
Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, industri yang lumpuh akibat pandemik COVID-19 itu dijangka menerima sambutan semula membabitkan pelancong domestik terlebih dahulu.
"Kita menyambut baik keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan aktiviti menyelam (selam skuba) beroperasi semula.
"Kita telah merangka beberapa prosedur operasi standard (SOP) aktiviti menyelam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kini sedang menunggu kelulusan daripada MKN sebelum diumumkan dalam masa terdekat.
"Saya pasti berita baik itu amat dinantikan oleh pengusaha pelancongan selepas beberapa bulan tidak dapat beroperasi dan tumpuan selepas ini adalah untuk menarik pelancong-pelancong domestik," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
BACA: PKPB: Aktiviti menyelam kini dibenarkan di Sabah
Beliau yakin pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan akan mampu merancakkan kembali industri pelancongan negeri Sabah yang sepi dan suram sejak penularan COVID-19.
Tambahnya beliau berharap agar semua pihak terus mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Semalam Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata perkara mengenainya diputuskan oleh MKN susulan cadangan oleh kerajaan negeri.
Aktiviti menyelam tersebut boleh dilaksanakan dengan syarat bot yang membawa penyelam ke lokasi selaman tidak melebihi 30 peratus daripada muatan bot bagi memastikan ada penjarakan fizikal.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Dec 01 2020

Industri pelancongan yang lumpuh akibat pandemik COVID-19 itu dijangka menerima sambutan semula membabitkan pelancong domestik. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Wanita lemas ketika selam skuba di Pulau Tenggol
Seorang wanita ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti penyelaman di Pulau Tenggol, di sini, pada Sabtu.

Juruselam cabul pelancong: Kes tak jejas industri pelancongan Semporna, Sabah - Menteri
Kejadian seorang jurulatih selam skuba didakwa mencabul seorang pelancong dari China ketika melakukan selaman di Semporna, baru-baru ini tidak akan menjejaskan industri pelancongan di Sabah.

Hari Lautan Sedunia: Khidmat jurukamera dasar laut semakin dapat permintaan tinggi
Yang mendapat permintaan tinggi adalah apabila ada acara komersial seperti pemeriksaan bot, kapal, jeti, Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)

Penyelam skuba kutip sampah di dasar laut
Tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan secara berterusan agar keindahannya dapat diwarisi generasi akan datang.

Kakitangan MBSA lemas ketika selam skuba di Pulau Tenggol
Seorang kakitangan wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor ditemukan lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Pulau Tenggol dekat Dungun pagi tadi.

Tukun kapal terbang pertama ditenggelamkan cipta rekod MBOR
Ia merupakan kapal terbang ringan pertama sebagai tukun bagi membantu pembiakan terumbu dan menjadi tarikan baharu di Pulau Lang Tengah.

Aktiviti selam skuba, snorkeling sekitar Mersing akan diteruskan selepas penilaian risiko
Insiden kehilangan penyelam di perairan itu pada Rabu lepas adalah yang kedua membabitkan pengemudi bot yang berada di bawah pengaruh dadah.

Sultan Johor titah semua aktiviti selam di perairan Mersing dihentikan sementara
Berikutan insiden kehilangan empat penyelam sekitar Pulau Tokong Sanggul yang terletak berhampiran Pulau Sibu semalam.

Tiga faktor boleh gugat peluang temui tiga penyelam warga asing dengan selamat
Bagaimanapun, terdapat tiga faktor yang boleh menggugat peluang bagi tiga penyelam itu ditemui selamat.

Lukisan mural Laman Samudera tarikan terbaharu pelancong ke Mersing
Lukisan mural di Laman Samudera terletak berhampiran jeti penumpang Mersing hanya mengambil masa tiga minit berjalan kaki.