TUMPAT: Kerajaan meletakkan sasaran 100 juta pokok ditanam sehingga 2025 sebagai langkah melestari dan memulihara alam sekitar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, setakat ini sejumlah 35 juta pokok berjaya ditanam di seluruh negara.
Dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan itu, langkah yang diambil UMW Holdings Berhad dengan mengambil bahagian menanam pokok antara khidmat sosial korporat membantu mengekalkan kelestarian alam semula jadi.
"Kita ucap tahniah kepada UMW kerana telah mengambil inisiatif menanam 300,000 pokok.
"Kita menggalakkan lebih banyak syarikat menyatakan minat menanam pokok bagi memupuk semangat cintakan alam dalam kalangan anak-anak muda," katanya.
Jelas Mustapa lagi, penglibatan sektor korporat juga dapat memberi galakkan kepada pihak lain untuk terlibat sama.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Datuk Ahmad Fuad Kenali memaklumkan UMW Holdings Berhad menyasarkan menanam 300,000 pokok di seluruh negara.
"Dari segi pelancaran Inisiatif Pucuk Hijau ini, kami bersama rakan-rakan, seperti Toyota, Perodua, Yayasan Hijau juga dengan MNF akan membuat program-program menanam bakau di seluruh negara sebanyak 300,000 pokok bakau dalam masa dua tahun.
"Kami juga akan libatkan pelajar dan pelanggan toyota untuk bersama-sama menanam dan dapat beri pengajaran kepentingan pokok-pokok untuk alam sekitar," katanya.
Program Inisiatif Pucuk Hijau UMW yang dilancarkan semalam menyasarkan 300,000 pokok bakau ditanam di persisir pantai seluruh negara.
Setakat ini 30,000 pokok bakau berjaya ditanam dan pihaknya menyasarkan 150,000 pokok bakau akan ditanam sepanjang tahun ini.
Program Inisiatif Pucuk Hijau dipacu oleh Toyota dan Perodua dan turut mendapat kerjasama daripada Yayasan Hijau Malaysia, Persatuan Pencinta Alam Malaysia manakala Astro pula sebagai rakan pendidikan.
Petang semalam berlangsung pelancaran Inisiatif Pucuk Hijau di Pantai Sri Tujuh, di sini yang dirasmikan oleh Mustapa dan turut dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan UMW Holdings Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Exco kerajaan Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Ketua Bahagian Penjualan Agensi Bahagian Sentral dan Pantai Timur Astro, Nicholas Teh Aik Jun.
Inisiatif Pucuk Hijau merupakan kempen bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraaan serta kualiti hidup.
Muhafandi Muhamad
Sun Jun 26 2022
Inisiatif Pucuk Hijau merupakan kempen bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraaan serta kualiti hidup. - Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Remaja ditahan tebang pokok bersejarah di Hadrian's Wall
Pokok tersebut berusia hampir 200 tahun dan terletak bersebelahan Hadrian's Wall yang dibina pada zaman pemerintahan Empayar Rom.
Ibu kucing beranak atas pokok selepas terperangkap
Bunyi ibu kucing didengari penduduk berdekatan bertindak menghubungi Bomba dan Penyelamat untuk menurunkan haiwan itu bersama anaknya.
Kerajaan sasar tanam 100 juta pokok sehingga 2025
Program Inisiatif Pucuk Hijau UMW menyasarkan 300,000 pokok bakau ditanam di persisir pantai seluruh negara.
Dua maut helikopter terhempas
Pihak polis memaklumkan nahas berlaku berhampiran perkampungan Burton.
Lelaki maut kereta langgar pokok
Siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa memandu bersendirian dari arah Gua Musang menghala ke Machang.
Sejuta ganja mula diedar di seluruh Thailand
Pengedaran itu diteruskan untuk tempoh enam bulan akan datang dengan misi untuk menanam minat terhadap ganja kepada awam.
Bekas diplomat, anak tidak mengaku tanam 102 pokok ganja
Kedua-dua tertuduh didakwa menanam tumbuhan 102 pokok ganja di Lot 5718 Kampung Sum Sum Hilir Janda Baik di Bentong 21 Mei lalu.
'Beli makanan, dapat pokok percuma' tarikan unik di restoran
Idea tersebut tercetus susulan terdapat lebihan pokok di rumah kalangan ahli ketika tempoh pelaksanaan PKP.
Pokok bunga 'rare' ditemui saintis, dinamakan sempena Leonardo DiCaprio!
Pokok Bunga 'Rare' Ditemui Saintis Dan Dinamakan Sempena Nama Leonardo DiCaprio!
Guru maut, dua parah kenderaan dinaiki terbabas, langgar pokok
Kenderaan yang dinaiki tiga beradik itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas lalu terlanggar tunggul pokok sebelum terbakar.