KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia berbincang mengenai cadangan pengecualian cukai hiburan bagi syarikat pengendali pawagam yang terjejas akibat penularan COVID-19.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata terdapat aduan dan cadangan mengenai perkara itu daripada pihak industri namun belum ada sebarang memorandum secara rasmi dihantar kepada kementerian tersebut.
Beliau berkata kutipan cukai hiburan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri masing-masing, bagaimanapun Kerajaan Persekutuan terbuka untuk berbincang.
"Saya telah dengar aduan (pengecualian cukai hiburan) ini sudah lama namun sejak musim COVID-19, perkara ini semakin hangat dibincangkan. Belum ada memorandum rasmi tapi perkara ini dalam pengetahuan saya dan kita sedang menelitinya.
"Saya amat mengalu-alukan jika ada pemohonan rasmi dibuat dan kita sedia untuk berbincang sebab ini musim (COVID-19), semua orang menderita, apa yang kita boleh bantu, kita bantu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan dan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pawagam di Golden Screen Cinema (GSC) Midvalley Megamall di sini pada Sabtu.
Saifuddin juga menyeru orang ramai agar tidak bimbang untuk menonton wayang selepas kerajaan membenarkan sektor itu kembali beroperasi dengan pematuhan SOP yang ketat.
Beliau berkata berdasarkan data penularan wabak itu di negara ini, industri kreatif termasuk operasi panggung wayang bukan sektor utama yang menyumbang kepada kluster COVID-19.
Bagaimanapun, katanya biarpun kerajaan memberi kelonggaran untuk industri itu beroperasi, semua pihak perlu mengambil tanggungjawab dan berhati-hati dalam mematuhi setiap SOP yang ditetapkan.
"Saya menyeru orang ramai datang ke pawagam dan patuh SOP kerana pembukaan panggung wayang ini sekali gus dapat membantu ekonomi dan pendapatan petugas pawagam dan industri berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 20 2021
Saifuddin berkata berdasarkan data penularan wabak itu di negara ini, industri kreatif termasuk operasi panggung wayang bukan sektor utama yang menyumbang kepada kluster COVID-19. - Foto BERNAMA
Elon Musk belanja lebih RM1.3 bilion untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024
'Pelaburan' Musk telah memberikannya akses tanpa precedent (duluan) kepada pentadbiran baharu Presiden AS.
Netanyahu bertemu Trump di Washington pada Selasa - Pejabat PM Israel
Ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin dunia pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Trump sejak pelantikannya sebagai Presiden AS.
Menteri Pertahanan Jerman tolak cadangan kenaikan perbelanjaan pertahanan NATO
Boris Pistorius berkata beliau tidak menyokong cadangan Presiden AS Donald Trump untuk menaikkan perbelanjaan pertahanan dalam NATO.
Banjir Sarawak: Parlimen Sibuti rekod banjir terburuk dalam sejarah - Lukanisman
Jumlah keseluruhan mangsa yang berlindung di seluruh 62 PPS di seluruh Sarawak adalah 12,101 orang sehingga jam 6.30 pagi Ahad.
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.
Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.
MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.