KUALA LUMPUR: Kerajaan dan sektor perniagaan perlu bekerjasama sebagai 'Team Malaysia' untuk meningkatkan daya saing negara, menurut Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA).
Katanya kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia IMD terkini, yang menyaksikan negara berada di kedudukan ke-34 daripada 67 negara, turun tujuh anak tangga daripada kedudukan ke-27 pada tahun lepas, merupakan peringatan dan peluang untuk negara menilai semula keutamaannya dan mengukuhkan sinergi antara kerajaan dan perniagaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi.
Presidennya, Datuk William Ng berkata kemerosotan itu tidak boleh dikaitkan dengan kerajaan semata-mata kerana perniagaan dan rakyat turut berkongsi tanggungjawab untuk meningkatkan daya saing negara.
"Ini memerlukan penilaian semula yang segera terhadap keutamaan negara kita. Walaupun kita berhasrat untuk menjadi negara inklusif dengan mempunyai dasar yang menyokong komuniti tertentu, ini menjejaskan daya saing kita menyebabkan penghijrahan tenaga kerja dan memberikan persepsi yang salah bahawa Malaysia tidak menggalakkan pilihan dan persaingan.
"Gesaan kepada boikot baru-baru ini dan reaksi kita yang berlebihan terhadap perkara seperti konsert oleh penghibur tertentu, juga tidak membantu dalam penjenamaan dan persepsi negara kita. Ini seterusnya telah dan akan terus menjejaskan perniagaan dan ekonomi kita," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di sebalik langkah positif kerajaan dalam mengurangkan subsidi yang berlebihan dan menutup kelemahan dalam pengelakan cukai melalui inisiatif seperti e-invois, katanya perniagaan juga perlu melakukan lebih banyak lagi untuk meliberalisasikan peraturan buruh dan memastikan rakyat Malaysia bertanggungjawab terhadap produktiviti individu.
"Sektor perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana perlu segera mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing yang tidak mahir dan separa mahir, menyesuaikan diri dengan peralihan global kepada ekonomi rendah karbon, menggunakan kecerdasan buatan dan mekanisme pendigitalan serta mengurangkan kebergantungan kepada perolehan dan bantuan kerajaan.
"Kita perlu mengamalkan prinsip 'apa yang baik untuk perniagaan, adalah baik untuk negara'. Realiti pascapandemik ialah kebajikan rakyat di mana-mana sahaja di dunia berkait rapat dengan kemakmuran negara," katanya.
Ng berkata apabila perniagaan dan ekonomi berkembang dengan baik, Malaysia akan dapat menjana lebih banyak pendapatan, membina jalan yang lebih baik, menaik taraf sekolah serta menyediakan keselamatan dan keselesaan yang lebih baik kepada semua rakyat Malaysia.
"Penurunan mendadak dalam ranking daya saing merupakan peringatan untuk kita menilai semula keutamaan kita sebagai sebuah negara, membina 'Team Malaysia' yang lebih kukuh dan menggunakan pendekatan seluruh negara untuk menjadikan Malaysia sekali lagi lambang pertumbuhan ekonomi serta kepelbagaian budaya dan toleransi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

William Ng berkata kemerosotan itu tidak boleh dikaitkan dengan kerajaan semata-mata kerana perniagaan dan rakyat turut berkongsi tanggungjawab untuk meningkatkan daya saing negara. - Foto fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kerajaan, sektor perniagaan perlu bekerjasama tingkatkan daya saing
Kerajaan dan sektor perniagaan perlu bekerjasama sebagai 'Team Malaysia' untuk meningkatkan daya saing negara, menurut Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA).

SAMENTA cadang kerajaan tubuh Dana Wawasan RM1 bilion untuk rangsang sektor PKS
Dana itu boleh digunakan untuk melabur dalam IPO baharu dengan saiz tiket RM50,000 sehingga RM1 juta setiap syarikat.

SAMENTA gesa kerajaan benarkan graduan asing bekerja, atasi isu kekurangan tenaga
Ini memandangkan bilangan penuntut asing dalam pengajian kejuruteraan dan teknikal adalah kurang daripada 20,000 orang.

SAMENTA gesa kerajaan tubuh pasukan petugas atasi cabaran masa depan pekerjaan
Datuk William Ng berkata, pasaran kerja secara ketara telah diganggu oleh pandemik COVID-19 dan teknologi baharu.

5 cadangan Samenta demi kelangsungan PKS dalam fasa pemulihan
William meminta agar kerajaan segera mengisytiharkan peralihan ke fasa endemik untuk membolehkan rakyat dan perniagaan menyambung semula kehidupan mereka secara normal.

PKS kian terdesak akibat kenaikan kos, pemulihan sukar - SAMENTA
PKS sedang menghadapi beberapa cabaran termasuk peningkatan kos yang mendadak selain kekurangan tenaga pekerja.

PKS mohon kerajaan beri lebih banyak bantuan ekoran terjejas banjir
PKS mohon kerajaan beri lebih banyak bantuan ekoran terjejas banjir | Dagang News

PKS harap SST diturunkan ke 4% dalam Bajet 2022, GST diperkenalkan semula 2023
Walaupun keyakinan pengguna penting, keyakinan pelabur (termasuk pelabur domestik) juga sama pentingnya.

Kabinet baharu diminta fokus kepada perniagaan, bukan sekadar pengguna
Datuk William Ng berkata, pandemik COVID-19 telah menimbulkan masalah pengaliran tunai yang teruk bagi PKS.

MEF, SAMENTA setuju lanjutan PKP 3.0 perlu, harap langkah-langkah lebih efektif
Meskipun ia satu keperluan, kerajaan juga perlu memastikan langkah-langkah berkesan disediakan untuk menyokong majikan yang terkesan.