Kerajaan bersetuju mengkaji langkah-langkah baharu bagi meringankan beban syarikat Permit Import (AP) Terbuka terutamanya berhubung sistem fi AP sebanyak RM10,000, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata cadangan mengenai langkah-langkah baharu itu akan dikemukakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk dipertimbangkan.
"Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri MITI) ada bersama-sama dan saya menantikan cadangan daripada MITI untuk dipertimbangkan," katanya semasa merasmikan Wisma Yayasan Persatuan Peniaga dan Pengimport Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), di sini, hari ini.
Najib berkata sejak sistem fi AP sebanyak RM10,000 diperkenalkan pada 2010 bagi setiap unit AP Terbuka, kerajaan telah mengutip kira-kira RM2 bilion.
Bagaimanapun, katanya, memandangkan persekitaran ekonomi ketika ini, keputusan itu telah menimbulkan tekanan kepada mereka yang terlibat terutamanya dalam perniagan AP Terbuka.
"Dalam pelaksanaannya (fi AP), telah menimbulkan tekanan khususnya dari segi aliran tunai kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan ini," katanya.
Menurut Perdana Menteri, berdasarkan laporan dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kenderaan dari Januari hingga November 2016 berjumlah 515,293 unit, merosot sebanyak 13.73 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya iaitu sebanyak 597,306.
Beliau berkata dasar AP Terbuka yang pada mulanya dicadang untuk ditamatkan di bawah Dasar Automotif Nasional (NAP) pada 31 Dis 2015, telah diteruskan dengan penambahbaikan dalam Dasar Baharu AP Terbuka.
Penambahbaikan itu termasuklah memberi peluang kepada syarikat baharu yang layak melibatkan diri dalam perniagaan pengimportan, pengedaran dan penjualan kereta dan motosikal terpakai.
Najib berkata dasar itu bertujuan meneruskan matlamat memperkasakan agenda ekonomi Bumiputera dan mengembangkan penglibatan mereka dalam industri automotif.
Beliau juga berharap syarikat AP Terbuka sentiasa peka dengan keadaan dan kehendak pasaran semasa dan berusaha meningkatkan keupayaan dan daya saing, mempelbagaikan aktiviti perniagaan dan tidak mengharapkan punca pendapatan daripada perniagaan kereta dan motosikal import terpakai semata-mata.
"Di sektor automotif sendiri terdapat pelbagai peluang perniagaan lain yang berpotensi untuk diceburi seperti pengedaran kereta baharu, pembuatan komponen 'pembuatan semula', penubuhan pusat kitar semula, pemeriksaan kereta dan banyak lagi," katanya.
Menurutnya, NAP meletakkan sasaran untuk meningkatkan daya saing industri automotif tempatan dan menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bagi kenderaan cekap tenaga (EEV) yang merangkumi kenderaan hibrid dan elektrik.
Dalam pada itu, Najib turut memuji Pekema kerana berjaya memiliki wisma yayasannya sendiri bernilai lebih RM25 juta hasil sumbangan dana yang dikumpul daripada ahli-ahli Pekema.
Katanya, ia adalah lambang kejayaan usahawan Melayu Bumiputera hasil daripada Dasar AP Terbuka yang dilaksanakan kerajaan dan sememangnya harus dibanggakan. -- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2017
PM NAJIB: Cadangan mengenai langkah-langkah baharu itu akan dikemukakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk dipertimbangkan. -Gambar fail
Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
Dasar permit import terbuka akan wujud ekosistem automotif berdaya saing - Ahli Ekonomi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengalu-alukan semua syarikat bumiputera, termasuk yang tidak mempunyai pengalaman dalam perdagangan automotif, untuk memohon AP.
Tukang masak berdepan hukuman mati, edar dan miliki dadah
Seorang tukang masak berdepan hukuman mati selepas didakwa atas dua tuduhan memiliki dan mengedar dadah.
Pemegang AP nafi dapat 'keuntungan melampau' jual EV - Pekema
Katanya, margin keuntungan yang diambil pengimport berbanding harga kilang ketika menjual semula kereta tersebut di Malaysia adalah normal.
Kastam sita 50 kenderaan mewah tiada AP bernilai RM11.4 juta
Sembilan daripada 50 kenderaan melibatkan motosikal berkuasa tinggi manakala selebihnya kereta mewah dari pelbagai negara.
Pemansuhan AP langkah tepat, jamin kelangsungan bekalan makanan - Nanta
Beliau berkata langkah itu akan memberi kelebihan kepada pengguna apabila bekalan mudah didapati berbanding keadaan semasa.
Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).
Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian
MPN memohon kerajaan menjaga kepentingan para pengusaha sektor makanan dan pertanian negara agar pemansuhan keperluan AP terhadap bahan makanan nanti tidak membawa kesan negatif kepada golongan itu.
Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilena, bersih
Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilena, bersih
60 peratus pemegang AP import daging dimiliki syarikat bumiputera - Kiandee
Antara pemegang AP daging syarikat bumiputera ialah Ramly Food Processing Sdn Bhd dan Darabif Meat Company yang berkeupayaan mengimport daging dalam jumlah besar.
MITI, agensi beroperasi secara jauh kecuali khidmat penting
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi di bawah kendaliannya, akan beroperasi secara jauh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula hari ini.